Utusan Borneo (Sarawak)

Kecurian kabel punca gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan

-

KUCHING: Masalah gangguan bekalan elektrik yang berlaku di beberapa kawasan di Petra Jaya, Samariang dan Santubong pada sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) disebabkan kes kecurian kabel elektrik.

Menurut anak syarikat Sarawak Energy, Syarikat SESCO Berhad ( SESCO) dalam satu kenyataan semalam, kecurian kabel elektrik itu berlaku di pencawang 33kV Matang-Astana melibatkan dua kabel bawah tanah 33kV berdekatan tapak pembinaan di Bulatan Datuk Temenggong Abang Kipali.

Kecurian itu dikesan hasil pemeriksaa­n yang dijalankan SESCO sebaik sahaja mendapati berlakunya gangguan bekalan elektrik di kawasan tersebut.

“Disebabkan kecurian ini, beberapa kawasan di sekitar Astana, Samariang dan sebahagian kawasan Santubong mengalami gangguan bekalan elektrik pada 16 Februari lalu sekitar jam 10 malam.

“Namun, hasil tindakan pantas pasukan teknikal SESCO berjaya membekalka­n semula bekalan elektrik di kesemua kawasan terjejas dalam masa lebih kurang 20 minit menerusi pencawang 33kV lain,” kata Ketua Pegawai Esekutif SESC Lau Kim Swee.

Jelasnya, kerja-kerja baik pulih kerosakan disebabkan kecurian itu segera dilakukan yang mengambil masa kira-kira 15 jam untuk siap sepenuhnya.

Dedahnya lagi, hasil pemeriksaa­n di kawasan kecurian itu turut menemui sarung tangan, beg dan beberapa peralatan lain milik pencuri yang digunakan untuk mencuri kabel bawah tanah tersebut.

“Ekoran daripada insiden ini, satu laporan polis telah dibuat untuk siasatan lanjut,” tambahnya.

Lau berkata kejadian terbaharu itu merupakan antara kes kecurian kabel yang berlaku setiap hari yang dilihat semakin membimbang­kan.

“Sejak 2015, lebih 500 kes kecurian kabel elektrik berlaku yang menyasarka­n kabel jenis tembaga yang menyebabka­n kerugian hampir RM7 juta.

“Bagi kes ini pula, lokasi kejadian berhampira­n dengan tapak pembinaan, mereka (pencuri) mesti beranggapa­n kabel tersebut telah dinyahktif­kan,” katanya.

Beliau menegaskan, kecurian kabel elektrik adalah satu perbuatan yang sangat bahaya dan boleh meragut nyawa serta mendatangk­an kesulitan kepada orang lain.

Justeru, beliau menggesa kerjasama orang ramai untuk bersama-sama menjadi mata dan telinga dalam menyalurka­n maklumat berkaitan kecurian elektrik di kawasan masing-masing.

“Orang ramai boleh menghubung­i Pusat Khidmat Pelanggan Sarawak Energy di talian 1300-88-3111 yang beroperasi 24 jam atau menerusi aplikasi ‘SEB Cares’ atau menghubung­i polis berdekatan,” ujarnya.

 ??  ?? ANGKARA PENCURI: Kabel elektrik dipotong menyebabka­n gangguan elektrik di sekitar Petra Jaya, Samariang dan Santubong pada 16 Februari lalu.
ANGKARA PENCURI: Kabel elektrik dipotong menyebabka­n gangguan elektrik di sekitar Petra Jaya, Samariang dan Santubong pada 16 Februari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia