Utusan Borneo (Sarawak)

Parti luar tiada kuasa melindungi hak Sarawak: KM

Rakyat Sarawak sama sekali tidak perlukan parti politik luar, pimpinan orang luar untuk memperjuan­g hak mereka

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Visi dan hala tuju Sarawak ditentukan empat parti komponen Barisan Nasional (BN) Negeri yang berkeupaya­an melindungi dan mengembali­kan hak negeri ini daripada kerajaan pusat.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, rakyat Sarawak sama sekali tidak memerlukan parti politik luar dan pimpinan orang luar untuk memperjuan­gkan hak mereka.

“Sarawak memiliki keluarga sendiri. Masa depan Sarawak bergantung kepada ahli keluarga dalam Sarawak yang terdiri daripada PBB, SUPP, PRS dan PDP. Ini merupakan empat ketua keluarga yang dapat melindungi Sarawak.

“Hala tuju Sarawak ditentukan oleh empat keluarga ini bukan parti luar. Keempatemp­at parti ini merupakan parti utama yang melindungi Sarawak,” tegas beliau menghadiri Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran SUPP Miri malam kelmarin (Ahad).

Abang Johari yang juga pengerusi BN Sarawak berkata, dengan penyatuan semua rakyat, kerajaan negeri boleh berunding dengan kerajaan pusat untuk mendapatka­n hak-hak yang terhakis.

“Kita perlukan orang Sarawak untuk melindungi harta Sarawak bukan DAP, PKR yang perlu patuh kepada presiden mereka iaitu orang luar,” tambahnya.

Menurutnya, Sarawak sekarang lantang bersuara serta tidak takut mempertaha­nkan hak-hak yang ada.

Kerajaan pusat juga tidak boleh menidakkan hak-hak Sarawak dan kuasa kerajaan negeri untuk melindungi, mengawal dan mengurus sumber kekayaanny­a, katanya.

Antaranya kuasa mengeluark­an lesen di bawah undang-undang tanah dan Ordinan Perlombong­an Minyak Negeri 1958 dikenakan untuk syarikat pengeluar dan kontraktor industri minyak dan gas, ujarnya lanjut.

“Sebab semua ini adalah hak kita. Bila kita dapat hak kita, kita dapat kongsikan kekayaan kita. Kita tidak kisah bekerjasam­a dengan Petronas tetapi perlu ketuk pintu kita dulu, seperti budaya Melayu, bila hendak masuk ke rumah, beri salam dahulu. Bila Petronas mahu datang ke sini, beri salam dulu, minta kebenaran,” kata beliau.

Menggunaka­n kuasa perlembaga­an Sarawak, kerajaan negeri tidak takut untuk melaksanak­an projek gergasi yang memberi manfaat kepada rakyat seperti ‘State Water Grid’ iaitu projek grid bekalan air dari Kuching hingga Lawas.

Ia termasuk mendapatka­n lebih banyak peruntukan daripada kerajaan pusat menjayakan projek untuk rakyat.

Projek dapat dijayakan sepenuhnya dalam tempoh tujuh hingga lapan tahun melibatkan kos RM7 bilion.

Selain minyak dan gas, Sarawak juga kaya sumber air yang boleh dibangunka­n menjadi tenaga hidrogen sebagai bahan eksport dan sumber pendapatan terba- haru negeri.

Pembanguna­n ekonomi digital juga adalah untuk tempoh jangka panjang dan persediaan untuk Sarawak berdepan revolusi Industri 4.0

“Kita perlu bekerja keras untuk bangunkan Sarawak untuk mencapai negeri maju pada 2030,” jelasnya.

Hadir sama Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tunku Bujang, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Presiden SUPP

Sarawak memiliki keluarga sendiri. Masa depan Sarawak bergantung kepada ahli keluarga dalam Sarawak yang terdiri daripada PBB, SUPP, PRS dan PDP. Ini merupakan empat ketua keluarga yang dapat melindungi Sarawak.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

Datuk Dr Sim Kui Hian, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Pelanconga­n merangkap Naib Presiden SUPP Datuk Lee Kim Shin, ADUN Piasau yang juga Setiausaha Agung SUPP Datuk Sebastian Ting, Datuk Bandar Adam Yii, menteri-menteri muda dan ADUN.

 ??  ?? RASMI: Abang Johari, Dr Sim dan tetamu kehormat lain menggaul ‘Yee Sang’ sebagai tanda simbolik perasmian Majlis Makan Malam TBC SUPP Miri malam kelmarin.
RASMI: Abang Johari, Dr Sim dan tetamu kehormat lain menggaul ‘Yee Sang’ sebagai tanda simbolik perasmian Majlis Makan Malam TBC SUPP Miri malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia