Utusan Borneo (Sarawak)

SUPP berupaya merampas semula kerusi Parlimen Miri: Abg Johari

-

MIRI: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dilihat berkeupaya­an merampas semula kerusi Parlimen Miri dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Sehubungan itu Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg mahu kerusi Miri dikembalik­an semula kepada Barisan Nasional (BN) agar lebih banyak pembanguna­n yang memberi manfaat kepada penduduk Miri dapat dilaksanak­an.

“SUPP telah pulih. Oleh kerana SUPP telah pulih, kita perlu pulihkan Miri. Miri perlu dipulihkan semula,” jelasnya semasa menghadiri Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran SUPP Miri di sini malam kelmarin (Ahad).

Dengan sokongan BN, potensi besar industri minyak dan gas di sini dapat dikembangk­an sekali gus menjana pembanguna­n ekonomi Miri secara keseluruha­nnya.

“Miri perlu dimenangi oleh BN. Semuanya untuk penduduk Miri itu sendiri, bukan untuk saya, bukan untuk Dr Sim (Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian) tetapi generasi masa depan penduduk Miri,” tegasnya.

Miri yang sebelum ini antara kubu kuat B N telah kalah kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada PRU 2013. Ahli Parlimen Miri sekarang adalah Ketua PKR Miri Dr Michael Teo.

Abang Johari yang juga pengerusi BN Negeri bersetuju dengan cadangan Datuk Bandar Miri Adam Yii untuk membina sebuah dewan bandar raya di sini.

Daripada aspek pelancon- gan, kerajaan negeri akan bekerjasam­a dengan Menteri Muda Pelanconga­n, Keseniaan dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin untuk membangunk­an industri pelanconga­n di sini.

“Kita akan bantu membangunk­an Miri. Tetapi kita harus mendapat lebih banyak perun- tukan. Sekiranya kita mendapat hak (royalti) minyak kita, kita akan gunakannya untuk bangunkan Miri,” ujarnya.

Beliau mengucapka­n tahniah kepada SUPP dan Dr Sim kerana berjaya meningkatk­an keyakinan rakyat terhadap keupayaan dan kepimpinan parti mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia