Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa akan memastikan permohonan pembinaan bangunan kedai baharu dapat diluluskan segera

- Oleh Mastura Ismail

LAWAS: Satu jawatankua­sa perlu ditubuhkan bagi memudahkan proses pembinaan semula lot kedai yang musnah dalam kebakaran berhampira­n Taman Awam Lawas malam Sabtu lepas.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, penubuhan jawatankua­sa itu perlu bagi memastikan permohonan pembinaan bangunan kedai baharu dapat diluluskan segera.

Beliau berkata, kerajaan akan membantu setakat yang diperuntuk­kan undang-undang.

“Kita memberi jaminan untuk memastikan permohonan pembinaan bangunan kedai baharu bagi menggantik­an kedai yang musnah terbakar dapat diluluskan segera.

“Ini bagi membantu mereka meneruskan kehidupan yang bergantung kepada peniagaan di kedai berkenaan untuk menyara keluarga,” katanya pada perjumpaan bersama mangsa kebakaran di sini, semalam.

Hadir sama pada perjumpaan berkenaan Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Malaysia Datuk Henry Sum Agong, Residen Bahagian Limbang Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Cawangan Lawas Kaunselor Awangku Jinal Pengiran Jawa, Pegawai Daerah Lawas Husaini Hakim, Ketua Balai Bomba Lawas Mohd Zaki Hussin dan Pemanca Tan Yong Hng.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan merangkap Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua mahu para pemilik bangunan mendapatka­n juruperund­ing terbaik bagi mendirikan bangunan kedai baharu yang menjadi lokasi aktiviti utama di bandar ini.

Katanya, pemilik dan penyewa yang memerlukan kediaman sementara dan ruang untuk berniaga harus mengemukak­an permohonan dengan Pejabat Daerah Lawas dan Majlis Daerah Lawas.

Kita memberi jaminan untuk memastikan permohonan pembinaan bangunan kedai baharu bagi menggantik­an kedai yang musnah terbakar dapat diluluskan segera. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

Pada malam Sabtu lepas, empat daripada 10 lot kedai di Jalan Dato Pengiran Haji Matussin Lawas ranap dalam kebakaran jam 9 malam.

Bagaimanap­un anggota bomba telah melakukan ‘fire break’ untuk mengelak api daripada merebak ke kedaikedai bersebelah­an yang turut menjual gas memasak (LPG) dan bahan binaan.

Kebakaran itu menyebabka­n kerugian sekitar RM1.22 juta namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

 ??  ?? SIMBOLIK: Ketua Menteri dan isteri serta Yaw (tiga kiri) dan isteri (empat kanan) memotong kek sebagai simbolik sambutan TBC semasa mengadakan kunjungan ke kediaman Yaw di Marina Bay, Miri semalam.
SIMBOLIK: Ketua Menteri dan isteri serta Yaw (tiga kiri) dan isteri (empat kanan) memotong kek sebagai simbolik sambutan TBC semasa mengadakan kunjungan ke kediaman Yaw di Marina Bay, Miri semalam.
 ??  ?? PRIHATIN: Awang Tengah (dua kiri) menyaksika­n Henry menyerahka­n sumbangan kepada mangsa kebakaran semalam, sambil disaksikan Hussaini dan Awangku Jinal (kanan).
PRIHATIN: Awang Tengah (dua kiri) menyaksika­n Henry menyerahka­n sumbangan kepada mangsa kebakaran semalam, sambil disaksikan Hussaini dan Awangku Jinal (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia