Utusan Borneo (Sarawak)

Abang Johari lawat rakan-rakan Cina di Sibu

-

SIBU: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina ( TBC) ke beberapa kediaman ahli politik dan tokoh korporat di sini, petang semalam.

Turut serta isterinya Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang.

Abang Johari memulakan kunjungann­ya ke kediaman Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Ta Ann Datuk Wong Kuo Hea di TPark Apartment Suite, Block H 3-2, Lorong Sena 2.

Selepas itu, beliau bersama rombongan meneruskan kunjungan ke kediaman Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat KTS Dato Henry Lau Lee Kong di Lorong 2, Jalan Tun Abang Haji Openg.

Kemudian, kunjungann­ya diteruskan ke kediaman Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang yang juga Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh di No.25, Lorong 20, Jalan Ipoh.

Kunjungann­ya berakhir di kediaman bekas Menteri Muda Kesihatan Awam yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Dudong Datuk Dr Soon Choon Teck.

Pada sebelah malamnya, Abang Johari menghadiri Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Persatuan Cina (UCA) Sibu di sebuah hotel terkemuka di sini.

Pada hari ini, beliau dijadual menghadiri Majlis Makan Tengah Hari Tahun Baharu Cina anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) Bahagian Sibu di Dewan Suarah Sibu pada jam 10 pagi sebelum berangkat pulang ke Kuching.

Turut mengiringi Abang Johari pada kunjungan tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan isteri Datin Amar Doreen Mayang.

 ??  ?? TRADISI: Abang Johari (tengah), Juma’ani (tiga kanan) serta para kenamaan lain ketika menyempurn­akan upacara menggaul ‘Yee Sang’ di kediaman Henry Lau (empat kiri).
TRADISI: Abang Johari (tengah), Juma’ani (tiga kanan) serta para kenamaan lain ketika menyempurn­akan upacara menggaul ‘Yee Sang’ di kediaman Henry Lau (empat kiri).
 ??  ?? RAIKAN BERSAMA: Abang Johari (enam kanan) dan Juma’ani (lapan kiri) berkunjung ke kediaman Kuo Hea (lima kanan).
RAIKAN BERSAMA: Abang Johari (enam kanan) dan Juma’ani (lapan kiri) berkunjung ke kediaman Kuo Hea (lima kanan).
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Abang Johari (duduk, empat kiri), Juma’ani (duduk, tiga kiri) serta kenamaan lain ketika berkunjung ke kediaman Dr Soon (duduk, dua kanan).
UNTUK ALBUM: Abang Johari (duduk, empat kiri), Juma’ani (duduk, tiga kiri) serta kenamaan lain ketika berkunjung ke kediaman Dr Soon (duduk, dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia