Utusan Borneo (Sarawak)

SEB membelanja­kan RM1 bilion sejak 2014 bagi menjalanka­n kerja pengukuhan dan menaik taraf infrastruk­tur

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Sarawak Energy Berhad (SEB) membelanja­kan RM1 bilion sejak 2014 bagi menjalanka­n kerja pengukuhan, menaik taraf infrastruk­tur untuk memastikan kestabilan bekalan elektrik di Miri dan kawasan sekitarnya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SEB Sharbini Suhaili berkata, projek berkenaan penting bagi memenuhi keperluan pembanguna­n dan penduduk Miri yang kian pesat membangun.

“SEB mempunyai kira-kira 650,000 pelanggan di Wilayah Barat, Tengah, Bintulu dan Utara. Daripada jumlah itu, 110,000 pelanggan meliputi kawasan Miri, Limbang, Lawas, Marudi dan Ladang Tiga termasuk 88,000 di Miri sahaja.

“Dalam tempoh sedekad Miri telah membangun dengan begitu pesat dan populasi meningkat, menjadikan­nya bandar raya kedua terbesar selepas Kuching. Sehubungan itu, SEB mengeluark­an peruntukan besar untuk menampung keperluan ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina SEB di Pejabat Wilayah Miri dekat sini se- malam. Hadir sama Pengurus SEB Wilayah Utara Tan Joo Kok dan Ketua Komunikasi Kor- porat SEB Peing Tajang.

Sharbini menambah, dalam tempoh menaik taraf fasiliti tersebut, SEB menghadapi gangguan bekalan tenaga termasuk kerja-kerja mengorek tanah yang merosakkan kabel bawah tanah, kecurian kabel tembaga dan laku musnah fasiliti tenaga dan akses ke tapak projek.

Katanya SEB Wilayah Utara diketuai Tan Joo Kok, Erang Ngang dan Khusairy Kalam akan terus bekerjasam­a dengan pemegang kepentinga­n dan media untuk memaklumka­n perkembang­an terbaharu kerja-kerja menaik taraf tersebut.

“Saya berharap pelanggan bersabar dengan gangguan bekalan elektrik yang terjadi berikutan kerja-kerja penambahba­ikan dan naik taraf tersebut.

“SEB juga berterima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat dan memberi maklumat mengenai gangguan elektrik,” katanya.

Sharbinitu­rutmenggal­akkan pelanggan di Miri berhubung dengan SEB melalui media sosial seperti Facebook dan WhatsApp atau panggilan ke talian 24 jam 1300-88-3111 atau melalui aplikasi SEBcares.

Sementara itu, majlis yang dihadiri kakitangan SEB itu turut dimeriahka­n dengan persembaha­n tarian singa dan menggaul ‘Yee Sang’.

 ??  ?? KENANGAN: Sharbini (lapan kiri), Tan (tujuh kiri) dan Peing (empat kanan) bersama kakitangan SEB Wilayah Utara (Miri) dan ahli keluarga serta pelanggan bergambar dengan penari singa yang membuat persembaha­n pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina...
KENANGAN: Sharbini (lapan kiri), Tan (tujuh kiri) dan Peing (empat kanan) bersama kakitangan SEB Wilayah Utara (Miri) dan ahli keluarga serta pelanggan bergambar dengan penari singa yang membuat persembaha­n pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina...
 ??  ?? RAIKAN BERSAMA: Tun Salahuddin (enam kiri), Toh Puan Norkiah (enam kanan), Lau (lima kiri) serta tetamu lain semasa menyempurn­akan upacara menggaul ‘yee sang’.
RAIKAN BERSAMA: Tun Salahuddin (enam kiri), Toh Puan Norkiah (enam kanan), Lau (lima kiri) serta tetamu lain semasa menyempurn­akan upacara menggaul ‘yee sang’.
 ??  ?? BAWA KEMAKMURAN: Dr Abdul Rahman (duduk, enam kiri) Temenggung Ang, Paulus dan rombongan bergambar bersama keluarga besar Ang baru-baru.
BAWA KEMAKMURAN: Dr Abdul Rahman (duduk, enam kiri) Temenggung Ang, Paulus dan rombongan bergambar bersama keluarga besar Ang baru-baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia