Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah terajui teknologi digital

-

LIMBANG: Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Sarawak antara kementeria­n yang menerajui penggunaan teknologi digital dalam membangun sekali gus memodenkan sektor pertanian di negara ini.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata pengaplika­sian teknologi digital sejajar dengan hasrat Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg dalam menjadikan Sarawak ke arah ekonomi digital.

Beliau berkata pelaksanaa­n sistem Internet Untuk Segalanya ( IOT) di Taman Kekal Pengeluara­n Makanan (TKPM) di Rampangi turut diperluask­an di negeri ini termasuk TKPM Stesen Pertanian Kubong, Limbang yang akan dibina tidak lama lagi.

“Aplikasi teknologi digital melalui sistem IOT dipasang di TKPM Rampangi bagi mengawal serta memantau pertanian menerusi kaedah fertigasi.

“Sistem IOT sudah siap dipasang di sini yang merangkumi ‘sensor’ untuk memantau serta mengawal input baja, suhu dan kelembapan,” katanya ketika ditemui media semasa sambutan Tahun Baharu Cina di kediaman Temenggung Ang Kheng Su, Jumaat lepas.

Turut sama ialah ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, isteri Dr Abdul Rahman Dayang Maimunah Awang Mohd Daud, Wali Kota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat dan parti komponen Barisan Nasional (BN) lain.

Dr Abdul Rahman yang juga ADUN Bukit Kota berkata menerusi sistem itu petani dapat memantau dan mengawal kegiatan pertanian dari mana sahaja menggunaka­n telefon pintar menerusi aplikasi yang dicipta khas, mesra pengguna serta senang dikendali.

Beliau turut menjelaska­n penggunaan dron juga satu lagi teknologi baharu yang diguna pakai dalam sistem pertanian di Sarawak.

“Penggunaan dron merupakan teknologi baharu yang diperkenal­kan untuk mengurangk­an tenaga kerja.

“Ia digunakan bagi tujuan pembajaan, penyembura­n racun serangga dan sebagainya dilakukan dalam kawasan yang lebih luas dan hasil pengeluara­n dapat dipertingk­atkan dari segi kuantiti dan kualiti,”ujarnya.

Kementeria­nnya juga akan membina Pusat Pengumpula­n, Pemprosesa­n dan Pembungkus­an (CPPC) termasuk untuk Limbang dan Lawas bagi mengumpul dan memproses produk yang ada selain membantu para petani dari segi pengeluara­n dan pemasaran. SIBU: Bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng berserta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah telah mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina di sini, malam Sabtu lalu.

Mereka berdua mengadakan kunjungan ke kediaman Temenggung Datuk Vincent Lau di Jalan Camar.

Semasa kunjungan ke kediaman Lau yang juga Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat KTS, mereka ber- dua diberi penghormat­an menyempurn­akan upacara menggaul ‘yee sang’ bersama tetamu yang lain.

Tun Salahuddin dan Toh Puan Norkiah kemudian dijamu dengan pelbagai hidangan pada majlis tersebut.

 ??  ?? KUNJUNGAN: Harden (empat kiri) bergambar kenangan bersama Kapitan Peter Lai (duduk, tiga kanan) serta ahli keluargany­a semasa kunjungan sempena TBC di kediaman ketua masyarakat berkenaan di Taman Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Fasa II, Sri Aman,...
KUNJUNGAN: Harden (empat kiri) bergambar kenangan bersama Kapitan Peter Lai (duduk, tiga kanan) serta ahli keluargany­a semasa kunjungan sempena TBC di kediaman ketua masyarakat berkenaan di Taman Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Fasa II, Sri Aman,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia