Utusan Borneo (Sarawak)

SUPP Miri Sibuti bersedia hadapi PRU14

-

MIRI: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Miri Sibuti sudah berada dalam keadaan bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada bila-bila masa sahaja.

Pengerusi Jawatankua­sa Liaoson Parlimen Miri Sibuti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Senadin Datuk Lee Kim Shin berkata pihaknya sudah menubuhkan jawatankua­sa dan jentera pilihan raya untuk ‘bertempur’.

“Kita akan berjuang bersama parti komponen yang lain seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Demokratik Progresif ( PDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) untuk mer- ampas kembali kerusi Parlimen Miri kali ini,” katanya berucap pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran SUPP Miri di sini malam kelmarin (Ahad).

Lee yang juga Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak berharap kerajaan negeri akan mengkaji kemungkina­n menjadikan Sungai Miri berhampira­n Hotel Pullman ke Kampung Wireless sebagai kawasan tebingan, sama seperti Tebingan Kuching untuk menarik kedatangan pelancong.

“Saya juga memohon agar ketua menteri mempertimb­ang untuk menjadikan Miri sebagai pangkalan bagi Petroleum Sarawak Berhad (Petros) iaitu syarikat minyak dan gas milik Sarawak.

“Permohonan ini wajar dipertimba­ngkan setelah mengambil kira Miri sebagai pusat industri minyak dan gas selama lebih beratus tahun.

“Kita berharap Petros akan melaksanak­an peranan penting dalam memajukan industri minyak dan gas di Sarawak terutama di Miri dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan,” katanya.

Dalam pada itu Lee berterima kasih kepada sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan yang turut memainkan peranan penting dengan kerajaan dalam memajukan Miri khususnya dalam sektor pelanconga­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia