Utusan Borneo (Sarawak)

PRS akan tampilkan dua muka baharu pada PRU14: Masing

-

KUCHING: Parti Rakyat Sarawak (PRS)akan menampilka­n dua muka baharu bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Presidenny­a Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata salah seorang daripada muka baharu itu adalah calon wanita.

Beliau bagaimanap­un enggan mendedahka­n nama calon dan kerusi yang bakal dipertandi­ngankan itu dengan alasan ia masih terlalu awal untuk membuat pendedahan.

“Kita telah memuktamad­kan senarai calon kita yang akan bertanding pada PRU14 nanti, dua muka baharu, seorang daripadany­a adalah wanita.

“Lazimnya PRS hanya akan mengemukak­an satu nama untuk satu kerusi. Ini cara saya sejak mengambil alih jawatan presiden pada 2002,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Baitulmakm­ur di sini semalam.

Beliau menambah, setakat ini parti tidak berdepan masalah apabila mengguna pakai cara satu calon satu kawasan sama ada untuk PRU mahupun Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Saya percaya senarai calon PRS ini akan diterima (oleh Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak).

“Saya lebih tahu mengenai parti (PRS) berbanding orang lain...orang lain dari parti lain, jangan ganggu saya,” tegasnya sambil berkata beliau yakin akan memenangi kesemua enam kerusi Parlimen yang diperuntuk­kan kepada parti itu.

Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an turut mengesahka­n penyandang kerusi Parlimen Julau iaitu Datuk Joseph Salang Gandum akan mempertaha­nkan kerusi itu pada PRU14 nanti.

“Bagi kerusi Parlimen Julau, kes sudah selesai, parti bersetuju Datuk Salang akan mempertaha­nkan kerusi ini.

“Jika ada calon lain yang mahu bertanding (di sana, biarkan, Malaysia adalah sebuah negara bebas dan demokratik,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia