Utusan Borneo (Sarawak)

DBKU anjur Festival Chap Goh Mei 2018 pada 2 Mac

-

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan akan mengadakan Festival Chap Goh Mei 2018 di India Street Pedestrian Mall, Kuching pada 2 Mac depan, bermula jam 8.30 malam.

Menurut kenyataan akhbarnya kelmarin, ia merupakan kerjasama DBKU dengan The Federation of Chinese Associatio­n Kuching, Samarahan dan Serian Division, Federation of Kuching Division Community Associatio­n, Kuching India Street Merchants Associatio­n, Dewan Perdaganga­n dan Perindustr­ian Cina Kuching, Persatuan Ketua Masyarakat Cina Bahagian Kuching, The Waterfront Hotel dan Plaza Merdeka Management Sdn Bhd.

Festival itu dijangka akan dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg dan isteri, Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang.

Turut dijangka hadir Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, Ahli Dewan DBKU Datuk Wee Hong Seng, Presiden Federa- tion of Kuching Division Community Associatio­n Datuk Sim Swee Yong.

Juga Pengarah Urusan Plaza Merdeka Management Sdn Bhd Datuk Steve Ng, Presiden The Federation of Chinese Associatio­n Kuching, Samarahan and Serian Division Datuk Richard Wee Liang Chia, Pengarah DBKU Jumaini Haili, Ketua Timbalan Pengarah DBKU Morshidi Ahmad, Ketua Bahagian Pembanguna­n dan Perkhidmat­an Komuniti DBKU Rudzaimer Malek dan Ketua Bahagian Perhubunga­n Komuniti dan Khidmat Sosial Mohd Hafiz Ali.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Abang Wahap (enam kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Abang Johari (lima kiri) sejurus selepas mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Abang Johari pada 15 Februari lepas di Wisma Bapa Malaysia, Kuching.
PENGHARGAA­N: Abang Wahap (enam kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Abang Johari (lima kiri) sejurus selepas mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Abang Johari pada 15 Februari lepas di Wisma Bapa Malaysia, Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia