Utusan Borneo (Sarawak)

Dadah, bahan terlarang punca utama gejala sosial

Lebih 60 peratus salah laku sosial di negara ini berkaitan penyalahgu­naan kedua-dua bahan

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Lebih 60 peratus salah laku sosial di negara ini berhubung kait dengan isu penyalahgu­naan dadah dan bahan terlarang.

Demikian ujar Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah iaitu menerusi kajian yang dijalankan oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia pada 2016.

“Pihak PDRM juga mendapati bahawa 30 hingga 40 peratus kes tersebut mempunyai kaitan dengan isu dadah.

“Walaupun ia menunjukka­n trend menurun iaitu setakat Oktober 2017 sebanyak 5,299 kes berbanding tempoh yang sama pada 2016 dengan 6,817 kes.

“Jenayah harta benda adalah penyumbang utama kepada indeks jenayah keseluruha­n di negeri Sarawak,” katanya ketika berucap pada program Baitul Muslim ‘Islamic Smart Parenting Skills 2018’ di Dewan Masyarakat Dalat di sini semalam.

Jumlah kes jenayah harta benda yang telah dilaporkan pada 2017, iaitu 4,546 kes atau

Pihak PDRM juga mendapati bahawa 30 hingga 40 peratus kes tersebut mempunyai kaitan dengan isu dadah. Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

( 85.8 peratus) berbanding 2016 iaitu sebanyak 5,865 kes atau (86 peratus).

Dalam konteks tersebut tegasnya, usaha membantera­s gejala penyalahgu­naan dadah secara bersepadu yang samasama kita usahakan boleh menjadi satu pendekatan strategik untuk menangani juga jenayah harta benda.

Pihaknya juga menyedari kepentinga­n keluarga bahagia iaitu asas kepada pembentuka­n komuniti sejahtera.

“Ini kerana, ia jelas boleh menggugat keutuhan institusi keluarga sekiranya tidak ditangani dengan berkesan.

“B e r p a n d u k a n k e s keganasan rumah tangga yang telah dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia ( PDRM) sehingga April 2017, sebanyak 535 kes telah dilaporkan berbanding 427 kes pada 2016,” ujarnya.

J u s t e r u k a t a n y a , pihak kementeria­n telah mewujudkan satu prosedur operasi standard ( SOP) bersepadu antara agensi berkepenti­ngan.

Jelasnya lagi, SOP itu diterima pakai PDRM, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS), One Stop Crisis Centre (OSCC) Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS).

Antara lain ia dibangunka­n bertujuan menyeragam­kan urus tadbir kes keganasan rumah tangga di Sarawak supaya kebajikan mangsa keganasan terjaga dan mendapat pembelaan secara cepat, cekap, dan tepat.

“SOP bagi menangani kes keganasan terhadap wanita dan kanak- kanak sudah dibukukan untuk dijadikan rujukan bagi semua agensi dan pihak yang berkepenti­ngan yang telah dilancarka­n pada 24 Julai tahun lepas,” tambahnya.

Kata Fatimah lagi, statistik turut menunjukka­n kadar kes perceraian meningkat sepanjang lima tahun kebelakang­an ini.

Didapati punca perceraian ialah tiada persefaham­an antara suami isteri, pasangan yang tidak matang, suami yang tidak bertanggun­gjawab, campur tangan keluarga mentua, masalah kewangan dan keganasan rumah tangga.

Pasangan Islam menurut sumber statistik Jabatan Agama Islam, pada 2016 adalah sebanyak 2,670 kes berbanding 2,657 kes pada 2015.

Sementara menurut sumber statistik Majlis Adat Istiadat Sarawak (bagi bukan Islam), sebanyak 1,175 kes dilaporkan pada 2016 berbanding 1,035 kes pada 2015.

Pada masa yang sama, masalah sosial melibatkan k e h a m i l a n r e m a j a menunjukka­n trend menurun iaitu 2,185 kes tahun lepas berbanding 2,481 pada 2016.

Kes penderaan kanakkanak 28 kes sama seperti tahun sebelumnya.

Rogol juga menunjukka­n trend meningkat daripada 124 kes pada 2016 kepada 130 kes tahun lepas dan pembuangan bayi tidak tetap iaitu empat kes tahun lepas berbanding 10 kes pada 2016.

Sumbang mahram juga menunjukka­n status quo iaitu 20 kes tahun lepas berbanding 14 kes 2016.

 ??  ?? PANDUAN: Fatimah (tiga kanan) menyerahka­n buku SOP kepada salah seorang perwakilan di Dalat sempena Program Baitul Muslim ‘Islamic Smart Parenting Skills 2018’ di Dewan Masyarakat Dalat semalam.
PANDUAN: Fatimah (tiga kanan) menyerahka­n buku SOP kepada salah seorang perwakilan di Dalat sempena Program Baitul Muslim ‘Islamic Smart Parenting Skills 2018’ di Dewan Masyarakat Dalat semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia