Utusan Borneo (Sarawak)

Prosedur urutan jari usaha SPR untuk pastikan pilihan raya bersih, adil

-

KUCHING: Prosedur urutan jari yang akan diperkenal­kan pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) nanti merupakan satu lagi usaha Suruhanjay­a Pilihan Raya ( SPR) memastikan proses pilihan raya dikendalik­an dengan bersih dan adil.

Menteri Muda Hal Ehwal Korporat Abdullah Saidol berkata kredibilit­i SPR sebagai badan bebas yang mengendali­kan proses pilihan raya di negara ini sering dikritik pihak pembangkan­g dengan tuduhan liar.

Sebab itu katanya, SPR memperkena­lkan kaedah urutan jari sebagai kawalan tambahan untuk memastikan proses pilihan raya di negara ini bersih daripada sebarang bentuk penipuan.

“Saya yakin SPR telah mengkaji secara terperinci daripada pelbagai aspek sebelum mengambil pendekatan tersebut.

“Sebagai pemimpin kerajaan,kitaakanme­nyokong pendekatan yang diambil oleh SPR ini jika itu adalah prosedur terbaik untuk memastikan kecekapan dan ketelusan proses pilihan raya kita lebih-lebih lagi menjelang PRU14,” katanya.

Abdullah yang juga Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop berkata demikian sebagai mengulas mengenai perkara tersebut semalam.

Tambah Abdullah, semua prosedur semasa pilihan raya mesti dikendalik­an dengan cekap, kemas dan cepat supaya tiada ruang untuk sesiapa mempersoal atau meragui keputusan pilihan raya nanti.

Maka, usaha SPR untuk memastikan kredibilit­i pilihan raya kita bebas daripada sebarang cubaan penipuan semestinya disokong oleh semua tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik.

Dalam pada itu, Pendaftar Akademi Pilihan Raya SPR Nik Aminudin Nik Shahar Shah pada sidang media di Kuantan, Pahang, 14 Februari lepas berkata kaedah ini diperkenal­kan bagi mengelak sebarang penipuan semasa proses pembuangan undi.

Menerusi prosedur baharu ini, kerani yang bertugas di pusat pengundian akan memeriksa kedua-dua belah jari pengundi dengan lebih teliti untuk memastikan mereka tidak memakai sarung jari atau mempunyai kesan dakwat.

Kerani yang bertugas katanya, akan memakai sarung tangan untuk memeriksa jari pengundi sebelum mereka dibenarkan mencelup jari ke dalam botol dakwat pilihan raya.

Langkah ini dilakukan oleh SPR memandangk­an pada masa sekarang sudah ada sarung jari tiruan.

Pada masa yang sama ia juga untuk memperkema­skan lagi prosedur dalam proses pengundian bagi mengelak sebarang penipuan, katanya.

 ??  ?? ABDULLAH
ABDULLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia