Utusan Borneo (Sarawak)

Paderi bersara disaran tubuh badan pemikir untuk dalami ajaran Tuhan

-

ENGKILILI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa menyaranka­n kepada paderi yang bersara agar menubuhkan badan pemikir yang mengkhusus mendidik golongan sasaran mendalami ajaran Tuhan.

Menurutnya, ilmu yang dimiliki pesara paderi amat diperlukan terutama untuk mendidik anak muda dan belia mendalami prinsippri­nsip asas kerohanian yang diyakini mampu membentuk keperibadi­an mulia seseorang.

“Adalah merugikan sekiranya pesara paderi tidak meneruskan rutin harian menyebar luas ajaran Tuhan yang mengandung­i prinsip-prinsip asas kebaikan hidup di dunia dan akhirat hanya kerana mereka sudah bersara.

“Kita percaya setiap paderi yang sudah bersara berkecimpu­ng lama dalam dunia kerohanian dan ilmu yang dimiliki harus dikongsi bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis ‘ Pre- Retirement and Thankgivin­g Lunch’ untuk The Ven. Archdeacon Chimbie Bunsie di Gereja St Michael Parish, Engkilili di sini semalam. Hadir sama ke majlis itu ialah Rev. Peter Augustine selaku Priest Incharge Gereja St Michael.

Tambahnya, untuk itu golongan pesara paderi boleh meneruskan kuliah dengan menjadi guru agama dengan yuran boleh dikutip seperti yuran tuisyen.

Bercakap lanjut, Dr Rayong menegaskan bahawa beliau akan terus komited membantu semua rumah ibadat di bawah DUN Engkilili dengan menyalurka­n geran MRP bukan sahaja kepada gereja atau chapel malah tokong dan masjid.

“Inilah cara saya membalas kepercayaa­n Tuhan hingga saya menjadi orang berjaya hari ini dengan menambah baik setiap rumah- rumah ibadat demi keselesaan penganut agama di DUN ini,” katanya.

Malah, Dr Rayong menjelaska­niaturutte­rmaktub dalam manifesto kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mahu semua rumah ibadat di negeri ini dibantu dan tidak ada dianaktiri­kan walaupun ia mempunyai pengikut yang sedikit.

“Tahun ini saya memperuntu­kkan sejumlah RM350,000 sebagai dana tambahan untuk gereja St Michael Engkilili menambah baik gereja ini sebagai tambahan dana tahun lepas sebanyak RM200,000 terutama untuk membina tempat meletak kenderaan, memasang pendingin hawa, membina tandas, rumah paderi dan sebagainya,” ujarnya dan dana yang banyak turut diperuntuk­kan kepada gereja di Skim Skrang, Kubu Mali serta gereja di Merindun.

Tambahnya, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg serta Timbalanny­a Datuk Amar Douglas Uggah Embas sangat proaktif membantu semua rumah ibadat di negeri ini dan ia contoh terbaik amalan perkongsia­n kuasa serta nilai sejati dan tulen semangat 1Malaysia.

Dalam pada itu, The Ven. Archdeacon Chimbie Bunsi dalam ucapan persaraan memberitah­u bahawa beliau berasa sangat sedih meninggalk­an dunia kerohanian yang telah diceburi selama 43 tahun.

“Namun saya harus sedar bahawa dunia ini tidak selamanya dipegang kerana tiba saatnya akan bersara dan memberi peluang kepada pengganti meneruskan misi dan visi saya yang belum terlaksana,” katanya.

“Meskipun selepas ini menjadi orang preman... namun saya akan tetap menyampaik­an amanat Tuhan yang sudah sebati dalam jiwa dan jasad saya selagi ada orang memerlukan,” katanya.

Turut hadir ahli sayap Wanita dan Belia Gereja St Michael, para sub-deacon, kaunselor, tuai rumah serta masyarakat sekitar DUN Engkilili.

 ??  ?? IKHLAS: Dr Rayong memerhatik­an Peter (lima kiri) menyampaik­an buah tangan kepada Chimbie sambil diperhatik­an mereka yang lain sempena meraikan persaraan Chimbie di Gereja St Michael Engkilili semalam.
IKHLAS: Dr Rayong memerhatik­an Peter (lima kiri) menyampaik­an buah tangan kepada Chimbie sambil diperhatik­an mereka yang lain sempena meraikan persaraan Chimbie di Gereja St Michael Engkilili semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia