Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilik haiwan kesayangan digalak memandulka­n anjing atau kucing

-

KUCHING: Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak ( JPVS) menggalakk­an pemilik haiwan kesayangan mengkasi atau memandulka­n anjing atau kucing mereka bagi mengehadka­n populasi serta mengurangk­an risiko jangkitan rabies.

Kenyataan JPVS turut mengingatk­anorangram­aiagar mengelakka­n haiwan mereka yang telah divaksin atau belum daripada bercampur dengan haiwan liar dan memerhati perubahan sikap haiwan tersebut.

“Anda perlu perhatikan sama ada haiwan peliharaan anda berubah daripada jinak kepada ganas, menggigit sebarang benda bergerak, hidrofobia terhadap air dan cahaya, menyendiri dengan air liur berlebihan dan kelihatan gelisah.

“Haiwanyang­menunjukka­n tanda- tanda tersebut hendaklah dilaporkan segera kepada JPVS di talian 082612949 atau 082- 611607 dengan segera.

“Pihak JPVS juga ingin mengingatk­an bahawa di bawah Seksyen 37(2) dan (3) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999, adalah menjadi kesalahan untuk membiarkan anjing lepas bebas dan membawa anjing keluar dari kawasan wabak rabies tanpa kebenaran bertulis daripada State Veterinary Authority,” katanya.

Denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya dikenakan jika sabit kesalahan.

Pemilik anjing hendaklah memastikan anjing mereka disuntik vaksin anti-rabies di kawasan wabak.

Kegagalan berbuat demikian boleh disabit kesalahan di bawah Seksyen 40, Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999.

Denda tidak melebihi RM2,500 dan anjing yang ditangkap tanpa bukti pemvaksina­n anti-rabies boleh ditahan dan dimusnahka­n.

Sementara itu, laporan harian daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak bagi kes gigitan haiwan dan orang yang menerima suntikan vaksin anti-rabies.

Orang ramai yang mempunyai sejarah gigitan anjingdimi­ntasegerab­ertindak melakukan pemeriksaa­n di mana-mana fasiliti kesihatan terdekat.

Pada masa yang sama, orang ramai turut diingatkan sentiasa menghindar­kan diri daripada gigitan haiwan terutama anjing dan sekiranya digigit, perlulah mengambil langkah pencegahan segera dengan mencuci luka bahagian terkena gigitan menggunaka­n sabun dan air bersih yang mengalir selama 15 minit dan segera mendapatka­n rawatan lanjut di klinik atau hospital berdekatan.

Kawasan telah diisytihar wabak rabies sehingga kini adalah sebanyak 30 kawasan daripada lima bahagian iaitu Kuching (empat), Samarahan (tiga), Serian (21), Sri Aman (satu) dan Sarikei (satu).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia