Utusan Borneo (Sarawak)

DUN Batu Kitang anjur bengkel buat sabun pada 25 Februari

-

KUCHING: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri ( DUN) Batu Kitang akan mengadakan sesi Bengkel Sabun Buatan Tangan bagi golongan wanita pada 25 Februari ini.

Menurut kenyataan daripada Pusat Perkhidmat­an DUN Batu Kitang, pihaknya mahu golongan wanita yang mendiami kawasan pinggir bandar mendapat manfaat daripada bengkel tersebut.

“Kita akan berkongsi ilmu pengetahua­n cara untuk membuat sabun yang merupakan produk mesra ekologi dan biologi.

“Lebih penting lagi kita akan menggunaka­n bahan tempatan untuk membuat sabun alami tersebut.

“Jika anda berazam untuk menjadikan ia sebagai punca pendapatan, ia amat digalakkan agar dapat menjadikan anda seorang usahawan yang berjaya,” katanya.

Bengkel tersebut akan dijalankan selama tiga jam dengan menggunaka­n bahan asas sabun 200 gram bagi membuat dua atau tiga ketul sabun.

Semua peralatan yang diperlukan akan disediakan kecuali minyak masak yang perlu dibawa sendiri peserta.

“Kita akan mengajar cara membuat sabun serai menggunaka­n gliserin yang merupakan cecair jelas yang menyerap air dari udara,” jelasnya.

Gliserin merupakan produk utama untuk melembut dan menyihatka­n kulit sesuai dengan kulit sensitif golongan kanak-kanak dan dewasa.

Setiap peserta akan mendapat sijil penyertaan daripada pejabat ADUN Batu Kitang di sini.

Caj pendaftara­n hanya RM10 seorang namun penyertaan terhad kepada 50 orang sahaja.

Bengkel yang dianjur bersama Fly Technology Agricultur­e Sdn Bhd ( Fly Tech) itu akan bermula 10 pagi dan tamat jam 1 petang.

Mereka yang berminat boleh mendaftar di Pusat Khidmat Rakyat DUN Batu Kitang di Batu 6 di sini sebelum 25 Februari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia