Utusan Borneo (Sarawak)

Peserta pertanding­an memancing mendaftar awal diberi diskaun yuran

-

MIRI: Peminat sukan memancing yang mendaftar u n t u k K e j o h a n a n Memancing Laut Dalam Antarabang­sa Bandar Raya Miri sebelum 30 April akan menikmati diskaun yuran penyertaan.

Pengerusi penganjur Vincent Lo berkata, Kelab Pemancing Miri ( KPM) menawarkan promosi berkenaan kepada mereka yang mendaftar pada April sebagai insentif.

“Ini adalah edisi ke-11 penganjura­n kejohanan tersebut yang akan berlangsun­g mulai 10 hingga 13 Mei akan datang yang juga sebahagian daripada acara sempena aktiviti Miri May Fest.

“Tawaran diskaun ini sebagai usaha menggalak dan menarik lebih ramai kaki pancing untuk terlibat,” jelasnya.

Menurut Lo, promosi yuran tersebut ialah RM400 seorang berbanding RM600 jika mendaftar selepas 30 April, selain terdapat yuran berkumpula­n RM100 untuk tiga peserta.

“Tetapi yuran tersebut tidak termasuk sewa bot untuk peserta ke lokasi kejohanan di Laut China Selatan,” katanya.

Jelas Lo, hanya peserta yang menggunaka­n peralatan memancing yang dibenarkan dan minimum berat ikan untuk layak dipertandi­ngkan ialah lima kilogram.

Hadiah menarik iaitu wang tunai RM20,000 menanti juara Kategori Individu, RM5,000 bagi juara Kategori Pasukan dan RM700 untuk Kategori Spesies Ikan.

“Selain mempromosi­kan sukan memancing dan Miri sebagai destinasi pelanconga­n yang menarik, kejohanan tersebut turut mewujudkan kesedaran menjaga dan memelihara keindahan laut.

“Para peserta juga d i i n g a t k a n u n t u k mengamalka­n konsep ‘ tangkap dan lepas’ bagi spesies yang dilindungi,” tambahnya.

Mereka yang berminat menyertai atau untuk keterangan lanjut, sila hubungi Lo di talian 0165772337.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia