Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat portal diarah bayar RM150,000 kepada Guan Eng Memfitnah berhubung artikel mengenai pembelian Mercedes Benz

-

G E O R G E T O W N : Mahkamah Tinggi di sini semalam memerintah­kan syarikat portal, FZ Sdn Bhd, membayar ganti rugi RM150,000 kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng dan RM100,000 kepada ahli perniagaan Tan Sri Tan Kok Ping kerana memfitnah berhubung penyiaran satu artikel mengenai pembelian kereta Mercedes Benz dalam laman web www. fz. com, empat tahun lalu.

Pesuruhjay­a Kehakiman, Datuk Abdul Wahab Mohamed turut memerintah­kan syarikat portal yang sudah ditutup itu membayar kos RM35,000 masing- masing kepada Lim dan Tan.

Dalam penghakima­nnya, Abdul Wahab berkata wujud unsur fitnah dalam artikel itu kerana pihak defendan gagal membuat pengesahan dengan plaintif terlebih dahulu sebelum menulis artikel berkenaan.

“Perkataan yang digunakan dalam artikel itu adalah fitnah. Mahkamah mendapati perlindung­an bersyarat defendan tidak terpakai disebabkan defendan gagal melakukan beberapa perkara, misalnya membuat pengesahan dengan plaintif...melakukan sendiri pengesahan, membuat pencarian mudah dalam talian apabila sebahagian daripada fakta itu tidak benar,” katanya.

Pada Januari 2014, Lim selaku plaintif memfailkan saman itu dengan menamakan syarikat tersebut sebagai defendan pertama dan Pengarang Urusannya Terence Fernandez yang merupakan penulis artikel itu sebagai defendan kedua. Tan turut memfail saman terhadap syarikat portal itu.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Lim mendakwa Fernandez selaku Pengarang Urusan dan penulis dengan sengaja, secara salah dan berniat jahat telah menyebabka­n satu artikel bertajuk ‘MACC begins probe on Merc purchase’ ditulis dan disiarkan di laman web tersebut pada 3 Januari 2014.

Ketua Menteri i tu mendakwa artikel tersebut menunjukka­n yang beliau seorang korup, tidak jujur, tidak amanah dan tidak layak untuk menjadi pemimpin rakyat negeri Pulau Pinang.

Lim mendakwa artikel tersebut turut menggambar­kan bahawa beliau seorang yang terlibat dengan kegiatan penerimaan rasuah dan seorang penjenayah yang telah disyaki melakukan kesalahan rasuah sehingga menyebabka­n siasatan di- jalankan oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menerusi pernyataan tuntutan itu juga Lim berkata pihak SPRM telah mengeluark­an kenyataan bahawa badan itu tidak pernah mengeluark­an sebarang kenyataan sedang menyiasat beliau kepada mana-mana pihak media dan menafikan ada menjalanka­n siasatan terhadapny­a berkenaan isu pembelian Mercedes Benz tersebut setakat 5 Jan 2014.

Oleh itu Lim menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, perintah untuk pihak defendan menarik balik artikel fitnah itu dan memohon maaf kepadanya atas penulisan dan penerbitan artikel tersebut, faedah, kos atau relif lain yang difikirkan sesuai.

Sementara itu, Fernandez yang ditemui pemberita di luar mahkamah berkata pihaknya akan berbincang dengan peguam untuk membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah hari ini.

Lim diwakili peguam Datuk N. Mureli dan Edwin Raj manakala peguam Christina Siew dan Goh Chek Kang mewakili Tan. Peguam Raja Eileen Soraya Raja Aman dan Amanda Loh Yuen Ching mewakili pihak defendan. — Bernama

Perkataan yang digunakan dalam artikel itu adalah fitnah. Mahkamah mendapati perlindung­an bersyarat defendan tidak terpakai disebabkan defendan gagal melakukan beberapa perkara, misalnya membuat pengesahan dengan plaintif… melakukan sendiri pengesahan, membuat pencarian mudah dalam talian apabila sebahagian daripada fakta itu tidak benar. Datuk Abdul Wahab Mohamed Pesuruhjay­a Kehakiman

 ?? — Gambar Bernama ?? KE MUKA PENGADILAN: Balan dan Chira (dua kanan) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban semalam atas lima pertuduhan memperdaga­ngkan lima wanita senegara, bulan lalu.
— Gambar Bernama KE MUKA PENGADILAN: Balan dan Chira (dua kanan) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban semalam atas lima pertuduhan memperdaga­ngkan lima wanita senegara, bulan lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia