Utusan Borneo (Sarawak)

Pekerja kilang dan bekas suami didakwa melakukan pemerasan

-

KUALA TERENGGANU: Seorang koperal polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan meminta suapan RM500 daripada seorang penunggang motosikal minggu lalu.

Ruslan Deraman, 56, didakwa melakukan kesalahan itu di Balai Polis Wakaf Tapai, Marang bagi melepaskan Roslan Abd Aziz dan motosikal jenis SYM milik isterinya daripada dikenakan tindakan undang-undang 13 Feb lalu.

Bagi kesalahan itu, Ruslan dituduh di bawah Seksyen 16(a) (B) Akta SPRM 2009. — Bernama IPOH: Seorang pekerja kilang dan bekas suaminya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tiga pertuduhan melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki membabitka­n wang berjumlah RM6,800 tiga tahun lalu.

Muhammad Kasim A Zamzami, 24, dan Noraniza Jelani, 30, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas ketigatiga pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim S. Indra Nehru.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, mereka didakwa sengaja melakukan pemerasan dengan mendatangk­an ketakutan terhadap Yap Ing Choon, 34, untuk membuat laporan polis kerana dia telah menghantar video lucah melalui telefon kepada Noraniza.

Kedua-dua tertuduh didakwa meminta mangsa menyerahka­n wang masingmasi­ng sebanyak RM1,000, RM800, dan RM5,000 kepada Noraniza menerusi akaun Maybank milik Noraniza untuk mereka tidak membuat laporan polis.

Mereka melakukan pemerasan itu menerusi telefon bimbit milik Noraniza kepada Yap di Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Perak di sini antara 12 Jun hingga 18 Jun 2015, antara 12 tengah hari hingga 2 petang.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Mahkamah membenarka­n kedua-dua tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin untuk semua pertuduhan dan menetapkan 26 Februari ini bagi sebutan semula kes.

Terdahulu, dalam mahkamah yang sama, Muhammad Kasim mengaku tidak bersalah melakukan pemerasan dengan mendatangk­an ketakutan kepada Yap untuk membuat laporan polis kerana menghantar video lucah melalui telefon kepada Noraniza.

Muhammad Kasim yang tidak bekerja itu didakwa meminta mangsa menyerahka­n wang berjumlah RM10,000 secara berperingk­at kepadanya dan Noraniza di JPJ Perak di sini, kira-kira jam 12 tengah hari hingga 2 petang, 30 Jun 2015.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana- mana dua daripada seksaan itu.

Mahkamah membenarka­n Muhammad Kasim diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Februari untuk sebutan semula kes.

Kesemua kes itu dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia Rais Imran Hamid manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SAMBUNG REMAN: Tempoh reman warga emas yang didakwa mendera pembantu rumahnya hingga mati dilanjutka­n selama tujuh hari bermula semalam.
— Gambar Bernama SAMBUNG REMAN: Tempoh reman warga emas yang didakwa mendera pembantu rumahnya hingga mati dilanjutka­n selama tujuh hari bermula semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? DIBICARAKA­N: Noraniza (tengah) dan Muhammad Kasim (kiri) didakwa di Mahkamah Sesyen semalam atas tiga pertuduhan melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki membabitka­n wang berjumlah RM6,800 tiga tahun lalu.
— Gambar Bernama DIBICARAKA­N: Noraniza (tengah) dan Muhammad Kasim (kiri) didakwa di Mahkamah Sesyen semalam atas tiga pertuduhan melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki membabitka­n wang berjumlah RM6,800 tiga tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia