Utusan Borneo (Sarawak)

Setiausaha, Speaker Dewan Rakyat berjaya batal saman MP Petaling Jaya Selatan

-

KUALA LUMPUR: Setiausaha dan Yang Dipertua Dewan Rakyat semalam berjaya membatalka­n saman dikemukaka­n Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian berhubung tindakan mereka menolak dua soalannya berkaitan isu 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) di Parlimen.

Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaludin Md Said yang membenarka­n permohonan kedua-dua defendan iaitu Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah dan Yang Dipertua Tan Sri Pandikar Amin Mulia di dalam kamarnya.

Prosiding itu dihadiri Peguam Kanan Persekutua­n Shamsul Bolhassan bertindak bagi pihak kedua-dua defendan manakala peguam N. Surendran mewakili Hee selaku plaintif dalam saman berkenaan.

Surendran ketika ditemui pemberita berkata tiada alasan diberikan oleh mahkamah ketika membenarka­n permohonan kedua-dua defendan untuk membatalka­n saman berkenaan.

“Oleh itu, saman pemula difailkan Hee untuk mencabar tindakan kedua-dua defendan menolak dua soalannya berkaitan isu 1MDB dibatalkan oleh mahkamah,” katanya yang turut memaklumka­n pihaknya akan memfailkan rayuan berhubung keputusan hari ini (semalam) secepat mungkin.

Setiausaha dan Yang Dipertua Dewan Rakyat memohon untuk membatalka­n saman difailkan Hee pada 13 Sept 2017 atas alasan saman pemula itu tidak mendedahka­n kuasa tindakan munasabah dan merupakan penyalahgu­naan proses mahkamah.

Hee, 48, yang turut hadir pada prosiding semalam, memfailkan saman pada 2 Ogos 2017 dengan menamakan Roosme dan Pandikar Amin sebagai defendan pertama dan kedua.

Dalam afidavit sokongan yang difailkan bersama saman itu, Hee mendakwa beliau melalui pembantuny­a, Faisal Mustafa telah menghantar 10 soalan menerusi e-mel kepada Roosme untuk dijawab menteri- menteri kerajaan pada sidang Parlimen yang sedang berlangsun­g pada Julai tahun lepas.

Namun, Hee mendakwa melalui dua pucuk surat bertarikh 21 Julai 2017, beliau dimaklumka­n kedua- dua defendan telah menolak dua daripada 10 soalan berkenaan iaitu soalan tentang ahli perniagaan Jho Low dan isu 1MDB.

Oleh itu, plaintif menuntut satu deklarasi bahawa keputusan defendan yang menolak soalannya adalah tidak berperlemb­agaan, tidak sah, terbatal dan tidak berkesan.

Dalam kes berasingan, keputusan permohonan Pandikar Amin dan Roosme untuk membatalka­n saman pemula difailkan bekas Ahli Parlimen Sungai Benut Mohamed Tawfik Tun Dr Ismail berhubung Rang Undang-undang Mahkamah Syariah ( Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 atau RUU 355 ditangguhk­an kepada Khamis ini.

Peguam Rosli Dahlan, yang mewakili Mohamed Tawfik berkata sepatutnya hari ini ditetapkan untuk keputusan tetapi ditangguhk­an berikutan Hakim Kamaludin me- merlukan masa untuk mempertimb­angkan persoalan undang-undang yang perlu diputuskan oleh mahkamah sebelum memberikan keputusan.

Pada 31 Mac 2017, Mohamed Tawfik selaku plaintif memfailkan saman pemula terhadap kedua-dua defendan antara lain bagi memohon deklarasi bahawa usul oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah usul yang tidak mematuhi keperluan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat memandangk­an ia tidak disertakan dengan salinan RUU 355 serta huraian mengenai tujuan dan sebabnya dan ia perlu ditolak oleh Setiausaha Dewan Rakyat.

Permohonan itu dikemukaka­n atas alasan Yang Dipertua Dewan Rakyat telah melanggar PeraturanP­eraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan ia adalah satu penghinaan terhadap institusi Majlis Raja- Raja jika membenarka­n usul Abdul Hadi tanpa dirujuk dan dirunding dengan Majlis Raja-Raja terlebih dahulu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia