Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar Swinburne Sarawak cemerlang dalam peperiksaa­n ACCA

-

KUCHING: Pelajar Swinburne University of Technology Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak) memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n Associatio­n of Chartered Certified Accountant­s (ACCA) pada Disember tahun lalu.

Universiti itu mencapai kadar lulus 64 peratus untuk Kertas P3 Analisis Perniagaan Accelerate Programme ACCA, melebihi kadar lulus dunia iaitu 56 peratus.

Keputusan ini berjaya mencipta rekod baharu yang mana sebelum ini Swinburne memperoleh­i kadar lulus 57 peratus bagi kertas ujian tahap profesiona­l, Kertas P1 Governance, Risk dan Ethics.

Malah, pelajar tahun kedua Lim Yee Wen berjaya memperoleh­i markah 73 peratus dalam peperiksaa­n tersebut.

Menurut Dekan Fakulti Perniagaan, Reka Bentuk dan Seni Profesor Dr Lee Miin Huui, peperiksaa­n ACCA menguji kemahiran, kebolehan dan kecekapan dalam bidang perakaunan.

Pada masa sama katanya, ia juga bagi mempersiap­kan pelajar untuk memenuhi kelayakan dan etika kewangan yang profesiona­l.

“Kita amat berbangga dengan keputusan yang dicapai oleh pelajar kita dalam peperiksaa­n ACCA dan ini menunjukka­n komitmen Swinburne untuk melahirkan graduan berkualiti,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini semalam.

Untuk maklumat lanjut mengenai Swinburne Sarawak, orang ramai boleh melayari www. swinburne. edu.my atau Facebook (@ swinburnes­arawak), Instagram (@swinburnes­arawak), Twitter (@Swinburne_Swk) atau YouTube (Swinburne Sarawak).

 ??  ?? TAHNIAH: Dr Lee ditemani pensyarah Perakaunan Swinburne Sarawak Jacqueline Chang yakin dengan pencapaian peperiksaa­n itu akan membawa masa depan cerah kepada pelajarnya.
TAHNIAH: Dr Lee ditemani pensyarah Perakaunan Swinburne Sarawak Jacqueline Chang yakin dengan pencapaian peperiksaa­n itu akan membawa masa depan cerah kepada pelajarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia