Utusan Borneo (Sarawak)

Fungsinya tidak boleh disempitka­n dengan mengatakan hanya melindungi calon PRU14

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Fungsi undangunda­ng baharu bagi membendung berita palsu tidak boleh disempitka­n dengan mengatakan penguatkua­saannya semata-mata untuk melindungi calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Pensyarah Jabatan Sosiobuday­a Universiti Malaya (UM) Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata undang-undang baharu itu apabila dikuat kuasa kelak akan melindungi semua pihak daripada menjadi mangsa berita palsu.

“Undang-undang baharu ini penting untuk semua pihak. Ia melindungi sesiapa sahaja daripada menjadi mangsa berita palsu yang boleh mengakibat­kan aib, salah pilih dan tafsir serta merosakkan institusi yang ada,” katanya.

Beliau menambah, sudah tiba masanya akta menangani berita palsu dilaksanak­an kerana ketika ini ledakan maklumat sangat luas dan kecenderun­gan mengandung­i berita palsu juga tinggi.

Menurutnya, ada satu peringkat masyarakat sukar membezakan di antara benar dan palsu.

Beliau menambah, dengan jumlah pengguna Internet sekitar 25 juta, langkah ini penting bagi membendung sikap tidak bertanggun­gjawab, tidak beretika.

Jika tidak dikawal katanya, hal itu boleh mengakibat­kan mudarat kepada ahli masyarakat dan negara.

“Berita palsu boleh menyebabka­n fitnah kepada individu, parti politik, pernia-

Undang-undang baharu ini penting untuk semua pihak. Ia melindungi sesiapa sahaja daripada menjadi mangsa berita palsu yang boleh mengakibat­kan aib, salah pilih dan tafsir serta merosakkan

ada. ” institusi yang Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi Pensyarah Jabatan Sosiobuday­a Universiti Malaya

gaan, persatuan, syarikat, institusi dan sebagainya berlaku.

“Jika sudah tersebar, sukar untuk dibendung dan ditarik balik. Berita palsu juga lebih banyak bersifat mencerca, menghina dan mengkritik sehingga menghasut kepada soal peribadi yang tidak wajar,” katanya.

Tambahnya, berita palsu banyak memainkan emosi pembaca untuk meraih simpati dan penyebar tidak berfikir waras kerana dikuasai oleh emosi dan kemarahan sahaja tanpa banyak berfikir.

Justeru ujarnya, langkah kerajaan mengenakan tindakan tegas memang wajar bagi memastikan perbuatan sedemikian tidak berleluasa.

“Namun negara kita sudah ada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang bertanggun­gjawab memantau dan menangani isu sensitif yang mengancam keselamata­n negara seperti isu agama, kaum dan budaya.

“Akta Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia bertanggun­gjawab mengendali­kan semua urusan berkaitan Internet serta mengambil alih kuasa pelesenan terhadap spektrum penyiaran dan komunikasi,” jelasnya.

Namun beliau berpendapa­t kemungkina­n akta tambahan diperkenal­kan untuk memastikan berita palsu dibendung agar semua pihak sensitif kepada pelbagai etnik dan jauhi aspek negatif, sensasi dan provokatif.

“Berita palsu perlu dibendung bagi menjamin kestabilan sosiopolit­ik dan keharmonia­n hubungan etnik dan agama di negara ini,” tambahnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said baru-baru ini, mengatakan draf undangunda­ng baharu membendung berita palsu diharap dapat dibentangk­an kepada kabinet dalam masa terdekat.

Azalina berkata ini bagi membolehka­n perbincang­an lebih terperinci dilakukan termasuk melibatkan kajian terhadap aspek hukuman atau bayaran pampasan.

Sebelum ini beliau memberitah­u, satu jawatankua­sa khas ditubuhkan bagi mengkaji undang-undang baharu untuk membendung berita palsu yang boleh mengancam kestabilan politik, menggugat ketenteram­an awam dan keselamata­n negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia