Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak perlu mewujudkan sistem sokongan untuk harga getah

-

KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak perlu mewujudkan sistem sokongan untuk harga getah sendiri, selain menggunaka­n Peraturan Getah Malaysia (Pelesenan & Permit) 2014 bagi membantu pekebun-pekebun kecil getah di negeri ini, yang kini miskin tegar ekoran harga getah yang sangat rendah.

Menurut Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Boniface Willy Tumek, kerajaan negeri pada masa ini tidak mempunyai apa-apa jenis sokongan harga untuk getah, menyebabka­n ramai pekebun kecil getah di luar bandar terjejas oleh harga pasaran getah yang jatuh.

“Sekurang- kurangnya, kerajaan Sarawak mendesak kerajaan persekutua­n untuk menetapkan harga asas yang lebih tinggi untuk getah,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Berdasarka­n statistik daripada Jabatan Pertanian Sarawak pada 2014, terdapat sejumlah 98,400 hektar ( 243,048 ekar) getah yang ditoreh, menghasilk­an kira-kira 75,240 tan metrik (75,240,000kg) pada 2013, dengan purata pengeluara­n harian setiap ekar hanya kirakira satu kilogram.

Manakala terdapat kirakira 203,900 keluarga petani di Sarawak, di mana sekurangku­rangnya 50 peratus daripadany­a adalah pekebun kecil getah.

Boniface yang juga ketua PKR Cabang Mas Gading menjelaska­n berdasarka­n statistik, purata pengeluara­n harian pekebun kecil getah di negeri ini adalah sekitar dua kilogram sahaja dan mengikut harga semasa getah, maka pendapatan mereka adalah hanya sekitar RM11 sehari.

“Pada paras harga semasa getah, keluarga di luar bandar yang bergantung sepenuhnya kepada getah akan berada dalam kategori miskin tegar.

“Tidak hairanlah bilangan keluarga yang bergantung kepada e- Kasih dan bantuan kebajikan lain daripada kerajaan tidak menunjukka­n tanda- tanda penurunan,” katanya.

Pada masa ini, harga asas getah di bawah Insentif Pengeluara­n Getah ( IPG) adalah RM5.50 sekilogram untuk SMR20 FOB dan RM2.20 sekilogram bagi getah kering.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia