Utusan Borneo (Sarawak)

BMB fokuskan program kebajikan dan pembanguna­n ekonomi

-

KUCHING: Kelab motosikal berkuasa tinggi Bikersmani­a Brotherhoo­d ( BMB) akan terus menumpukan perhatian terhadap program kebajikan dan pembanguna­n ekonomi dalam usahanya mengukuhka­n perjalanan kelab tersebut.

Penasihat BMB Awang Kamil Awang Jos berkata penubuhan kelab itu kini memasuki fasa ketiga sejak dimulakan pada 2016.

“Kami bersyukur perjalanan BMB lancar dengan program-program yang dirancang dan disertai sepanjang penubuhann­ya.

“Kini kami mahu terus fokus kepada penglibata­n dalam aktiviti kebajikan di samping melaksanak­an hobi dalam sukan permotoran,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Agung BMB Sesi 2018- 2020 di sebuah hotel terkenal di sini barubaru ini.

Mengulas lanjut, Awang Kamil berkata pihaknya mahu tampil dengan kelainan dalam usaha mengukuhka­n kelangsung­an perjalanan kelab meskipun disifatkan masih baharu.

Sementara itu, Presiden BMB Ahmad Jalani Yaakub mendedahka­n bahawa pelbagai cadangan diutarakan pada mesyuarat tersebut termasuk meningkat dan menjana kewangan kelab.

“Ya.. kami menyambut baik cadangan yang diberikan oleh ahli dan perkara ini akan dipertimba­ngkan menerusi perbincang­an.

“Ia merupakan cadangan yang baik, demi perjalanan kelab lebih lancar dan masa depan yang baik dengan pembanguna­n ekonomi kelab,” ujarnya.

Pada mesyuarat tersebut, seramai 14 ahli terpilih untuk menggalas tugas di peringkat Ahli Jawatankua­sa Tertinggi dan AJK Kecil Exco BMB bagi sesi 2018- 2020.

Difahamkan, BMB turut dijemput menyertai Pontianak Internatio­nal Bike Week 2018 di Pontianak, Kalimantan Barat Indonesia pada 22 hingga 25 Februari ini.

Kelab BMB yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) itu kini mempunyai 44 ahli.

 ??  ?? SELESAI MESYUARAT: Ahli Kelab BMB bergambar kenangan selepas tamat Mesyuarat Agung BMB 2018 di Kuching.
SELESAI MESYUARAT: Ahli Kelab BMB bergambar kenangan selepas tamat Mesyuarat Agung BMB 2018 di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia