Utusan Borneo (Sarawak)

MPKS akan bertegas terhadap larangan penggunaan styrofoam

-

KUCHING: Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) tidak lama lagi akan bertegas terhadap larangan penggunaan styrofoam oleh mana-mana kafe, restoran dan kedai termasuk pasar di kawasan seliaannya.

Pengerusin­ya Datuk Peter Minos berkata ia sebagai kebimbanga­n MPKS terhadap penggunaan styrofoam yang boleh menjejaska­n kesihatan manusia.

“Semua negara sudah melarang penggunaan styrofoam, kerana memberi kesan ke atas kesihatan awam. Kami juga tidak boleh biarkan ia digunakan di Samarahan,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Selain itu, Minos berkata MPKS juga akan melaksanak­an larangan ke atas penggunaan plastik kepada orang ramai setiap Ahad.

Menurut beliau, ia sebagai langkah MPKS ke arah mengurangk­an penggunaan plastik yang boleh menjejaska­n alam sekitar.

“Adalah menjadi tanggungja­wab kami untuk mendidik, membantu serta memberi amaran kepada orang awam mengenai bahaya daripada penggunaan styrofoam dan plastik dan kami berharap usaha ini akan mendapat kerjasama daripada semua orang demi kesejahter­aan kesihatan kita bersama,” katanya.

Sementara itu, Minos berkata, MPKS turut memandang serius terhadap risiko rabies yang tidak berkesudah­an di Sarawak.

Katanya, MPKS akan terus membantu kerajaan dalam memerangi rabies daripada terus merebak dan memberi risiko kepada nyawa orang ramai.

“Walaupun hanya ada satu kes rabies di Samarahan, kami tetap akan memerangi anjing-anjing yang berkeliara­n, tidak dijaga dan yang tidak divaksin kerana keutamaan kami adalah nyawa manusia,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengingatk­an kepada pencinta haiwan dan anjing supaya tidak menghalang usaha kerajaan dalam memerangi rabies.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia