Utusan Borneo (Sarawak)

10 NGO buat laporan polis video ‘Like A Dog’ Polis sedang mengesan Namewee

-

KUALA LUMPUR: Sepuluh badan bukan kerajaan (NGO) semalam membuat laporan polis terhadap Wee Meng Chee atau Namewee berikutan tindakanny­a memuat naik video kontrovers­i bertajuk ‘Like A Dog’ di media sosial baru-baru ini.

NGO berkenaan termasuk Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM), Pertubuhan Permuafaka­tan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Gerakan Memartabat­kan Pejuang Negara (GMPN), Kipidap dan Pertubuhan Maqasid Syariah Malaysia.

Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah yang mewakili kesemua NGO itu berkata laporan polis dibuat selepas rakaman video yang menaikkan kemarahan umat Islam terbabit menjadi tular.

“Kami menggesa pihak berkuasa terlibat iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malay- sia (SKMM), Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kementeria­n Luar supaya mengambil tindakan tegas ke atas Namawee supaya ia tidak berulang lagi.

“Kami hormat budaya mereka malah tiada bantahan sekiranya ingin merakamkan video namun janganlah menghasilk­an video sedemikian yang lucah dan dengan latar belakang masjid,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini semalam.

Turut hadir Presiden IRIMM Amir Amsa Alla Picthay, Presiden GMPN Mejar (B) Razali Zakaria, dan Penasihat Pertubuhan Maqasid Syariah Malaysia, Prof Dr Zahlan Man.

Sementara itu, Razali berkata, penyanyi rap itu diminta supaya tidak hanya mengeluark­an kenyataan tetapi sebaliknya melaporkan kepada polis dan menyerah diri bagi membantu siasatan.

“Kertas siasatan telah pun dibuka jadi kalau hormat perlembaga­an undang-undang Malaysia, sila serah diri segera,” katanya.

Minggu lepas, Namewee memuat naik klip video terbarunya bersempena Tahun Baharu Cina bertajuk Like A Dog yang memaparkan sekumpulan individu memakai topeng anjing yang didakwa mengandung­i aksi tarian lucah berdekatan Bangunan Perdana Putra yang menempatka­n Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. — Bernama KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia ( PDRM) sedang mengesan penyanyi rap Namewee susulan klip videonya bertajuk ‘Like A Dog’ yang menggores perasaan dan menyentuh sensitivit­i masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee dipercayai berada di luar negara ketika ini.

“Kita masih kesan beliau (Namawee) dipercayai berada di luar negara. Siasatan sedang dijalankan dengan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Kelmarin, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, polis telah membuka kertas siasatan terhadap penyanyi rap Namewee berhubung klip videonya itu. — Bernama PUTRAJAYA: Polis belum menemui petunjuk berhubung misteri kehilangan kakitangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Azmee Elias, sejak seminggu lepas, kata Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan.

Beliau berkata, kenderaan Perodua Alza milik lelaki berumur 36 tahun itu ditemui tersadai di tepi jalan di Jenderam Hulu dekat Dengkil, Sepang pada petang Sabtu, dengan keadaannya sedikit berselerak.

Katanya unit forensik telah dipanggil untuk mengesan cap jari dan mengambil sampel asid deoksiribo­nukleik (DNA) daripada kenderaan tersebut setelah dibawa ke ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

“Beberapa dokumen milik mangsa antaranya surat pejabat dan peribadi di bahagian hadapan didapati berselerak walaupun kereta ditemui dalam keadaan berkunci.

“Unit anjing pengesan K9 juga telah menjalanka­n pencarian dalam jarak 100 meter dari kereta namun tidak menemui apa-apa (petunjuk),” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini semalam.

Rosly berkata, kedai terdekat berada pada jarak 100 meter dari lokasi kenderaan itu ditemui dan tiada saksi yang terlihat kelibat mangsa.

Menurutnya, Azmee kali terakhir dilihat pada 12 Februari lepas ( Isnin) di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Menurut Rosly, isteri Azmee kemudian membuat laporan polis mengenai kehilangan­nya pada jam 10.45 malam 13 Februari di IPD Putrajaya.

Berita kehilangan Azmee tular di media sosial apabila orang ramai diminta menyalurka­n maklumat mengenai kehilangan mangsa ke balai polis berhampira­n atau terus menghubung­i keluargany­a. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DEMI MENJAGA MARUAH: Abdul Rani (empat kanan), Razali (dua kanan), Amir Amsa (tiga kiri) dan Zahlan (kiri) menunjukka­n laporan polis yang dibuat terhadap Namewee berhubung video kontrovers­i bertajuk ‘Like A Dog’ yang tular baru-baru ini. Laporan polis...
— Gambar Bernama DEMI MENJAGA MARUAH: Abdul Rani (empat kanan), Razali (dua kanan), Amir Amsa (tiga kiri) dan Zahlan (kiri) menunjukka­n laporan polis yang dibuat terhadap Namewee berhubung video kontrovers­i bertajuk ‘Like A Dog’ yang tular baru-baru ini. Laporan polis...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia