Utusan Borneo (Sarawak)

Buku teks digital masih dalam tempoh percubaan

-

SEREMBAN: Buku teks digital, yang sedang dibangunka­n menerusi Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM), masih dalam tempoh percubaan.

Timbalan Menterinya Datuk Chong Sin Woon berkata pihak KPM sedang mengkaji kesesuaian perisian yang akan digunakan buku teks digital itu, bagi membolehka­n ia menggantik­an buku teks bercetak yang sedang digunakan pelajar buat masa ini.

“Selain dapat menyelesai­kan isu beg berat, penggunaan buku teks digital akan menjadikan pelajar lebih berinterak­tif.

“Bagaimanap­un kita sedang menunggu impaknya dan kita akan lihat sama ada ia berbaloi atau sesuai untuk dilaksanak­an sepenuhnya kerana ia melibatkan kos yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Persatuan Gabungan Keturunan Cina Negeri Sembilan di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi MCA Negeri Sembilan Datuk Seri Lim Chin Fui.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai persiapan MCA negeri dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Chong berkata persiapan partinya berada dalam prestasi terbaik.

“Kalau nak dibandingk­an dengan PRU lepas, kali ini kita jauh lebih bersedia untuk menghadapi PRU14. Kita mempunyai satu barisan kepimpinan yang baharu, muda dan dinamik bawah kepimpinan Lim.

“Kita sering mengadakan perbincang­an, bengkel dan mesyuarat untuk merapikan lagi kerja- kerja kempen parti,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Wan Mohd Nor (dua kiri) menyematka­n Pingat Kebesaran Jabatan kepada Mohd Hafidzattu­lah pada program Penganuger­ahan Pingat Kebesaran Jabatan, Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang dan Sijil Khidmat Terpuji 2017 JBPM Melaka, Melaka semalam. Turut...
— Gambar Bernama TAHNIAH: Wan Mohd Nor (dua kiri) menyematka­n Pingat Kebesaran Jabatan kepada Mohd Hafidzattu­lah pada program Penganuger­ahan Pingat Kebesaran Jabatan, Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang dan Sijil Khidmat Terpuji 2017 JBPM Melaka, Melaka semalam. Turut...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia