Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan tidak biar rakyat ‘sendirian’ hadapi kenaikan sara hidup

-

BERA: Program Jualan Sentuhan Rakyat yang menjual barangan keperluan harian dengan harga murah menjadi bukti jelas kerajaan tidak pernah membiarkan rakyat ‘bersendiri­an’ dalam menghadapi masalah kenaikan kos sara hidup.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun tidak menafikan berlaku peningkata­n harga barangan pada masa kini, namun kerajaan turut ‘ campur tangan’untuk memastikan rakyat tidak terbeban dengan isu itu.

Beliau berkata apabila timbul isu kenaikan kos sara hidup, kerajaan tidak boleh kawal secara keseluruha­n kerana sebagai sebuah negara yang mengamalka­n pasaran bebas, harga ditentukan oleh permintaan dan penawaran.

“Bagaimanap­un kerajaan yang kita ada hari ini merupakan kerajaan yang bertanggun­gjawab, kita tidak serahkan sepenuhnya soal ini kepada pengguna untuk tentukan naik turun harganya, tetapi kerajaan turut campur tangan.

“Contohnya menerusi Skim Kawalan Harga pada musim perayaan, Kedai Rakyat 1Malaysia dan Jualan Sentuhan Rakyat, ini antara usaha kerajaan untuk memastikan kebajikan rakyat terus terjaga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Bera di sini semalam.

Pada program yang diadakan di pekarangan Pejabat UMNO Daerah Bera itu, sebanyak 30 barangan keperluan harian termasuk telur, susu, gula, beras, kicap dan ayam dijual dengan harga yang murah berbanding pasaran sehingga menarik lebih 2,000 penduduk dari kawasan berhampira­n berkunjung ke situ.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata hasil kajian yang dilakukan mendapati program jualan seperti itu, mendapat sambutan yang amat menggalakk­an daripada rakyat terutama mereka yang berada di luar bandar serta berpendapa­tan rendah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia