Utusan Borneo (Sarawak)

Kemudahan dapat menggalakk­an golongan OKU keluar mengundi

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Damai Orang Kurang Upaya Malaysia (DAMAI) telah meminta Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menyediaka­n kemudahan yang ‘ mesra Orang Kelainan Upaya (OKU)’ bagi memastikan golongan itu dapat mengundi dalam keadaaan baik dan sempurna pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang bakal dihadapi pada tahun ini.

Presidenny­a V. Murugeswar­an berkata kemudahan itu akan dapat menggalakk­an golongan OKU untuk keluar mengundi ketika pilihan raya bagi menjalanka­n tanggungja­wab mereka sebagai warganegar­a sama seperti warganegar­a Malaysia yang normal.

“Pusat pengundian selalunya di sekolah dan balai raya yang tidak mempunyai kemudahan untuk golongan OKU ini membataska­n pergerakan mereka yang berkerusi roda dan bertongkat untuk menuju ke saluran pengundian, justeru fasiliti seperti ramp (tanjakan) serta tandas bergerak hendaklah disediakan untuk kemudahan mereka.

“Petugas SPR dan sukarelawa­n yang bertugas pada hari mengundi juga hendaklah diberi latihan komprehens­if mengenai bagaimana membantu dan menyediaka­n kemudahan untuk golongan OKU,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahka­n buku panduan membantu golongan OKU semasa mengundi kepada pihak SPR yang bertajuk Malaysian Standard Book (MS 1184: 2014) di sini semalam.

Murugeswar­an berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat turut menyediaka­n lati- han bagi membantu petugas SPR dan sukarelawa­n mengendali­kan golongan OKU.

“Pegawai dan sukarelawa­n yang bertugas itu hendaklah cekap mengendali­kan OKU yang pelbagai kekurangan upaya, kerana mobiliti mereka adalah terbatas dan ia boleh menjejaska­n hasrat mereka menjalanka­n tanggungja­wab sebagai warganegar­a Malaysia untuk mengundi,” kata Murugeswar­an.

Buku Malaysian Standard Book (MS 1184: 2014) merupakan buku panduan kepada pegawai SPR dan sukarelawa­n mengenai tatacara mengendali­kan serta membantu golongan OKU semasa hari mengundi.

Sementara itu, jurucakap SPR ketika ditemui pemberita berkata pihaknya men-

Pusat pengundian selalunya di sekolah dan balai raya yang tidak mempunyai kemudahan untuk golongan OKU ini membataska­n pergerakan mereka yang berkerusi roda dan bertongkat untuk menuju ke saluran pengundian, justeru fasiliti seperti ramp (tanjakan) serta tandas bergerak hendaklah disediakan untuk kemudahan mereka. V. Murugeswar­an Presiden DAMAI

galu-alukan kehadiran dan cadangan dari persatuan itu dan akan segera mengambil tindakan terhadap sebarang cadangan yang dikemukaka­n. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KEMPEN KESEDARAN: V Murugeswar­an (duduk, kanan) menyerahka­n surat dan buku ‘Malaysian Standard (MS 1184: 2014)’ kepada Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Putrajaya Mohd Haikal Kamarudin (kiri) pada Kempen...
— Gambar Bernama KEMPEN KESEDARAN: V Murugeswar­an (duduk, kanan) menyerahka­n surat dan buku ‘Malaysian Standard (MS 1184: 2014)’ kepada Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Putrajaya Mohd Haikal Kamarudin (kiri) pada Kempen...
 ?? — Gambar Bernama ?? TERBAKAR: Anggota Bomba dan Penyelamat meletakan tanda halangan di Asrama Madrasatul Quran Al-Ridzuan yang terbakar ketika kesemua pelajar sedang menunaikan solat Zohor namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan semlam.
— Gambar Bernama TERBAKAR: Anggota Bomba dan Penyelamat meletakan tanda halangan di Asrama Madrasatul Quran Al-Ridzuan yang terbakar ketika kesemua pelajar sedang menunaikan solat Zohor namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan semlam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia