Utusan Borneo (Sarawak)

Asrama sementara Madrasatul Quran al-Ridzuan hampir musnah

-

DENGKIL: Hasrat ketua kampung Kampung Dato Ahmad Razali di sini untuk bersolat zohor di masjid kampung itu tertunda apabila terlihat balai raya, yang merupakan asrama sementara pelajar Madrasatul Quran Al-Ridzuan, sedang marak dijilat api.

Ketua kampung itu Mahmud Bunyamin berkata beliau yang ketika itu baharu hendak memasuki pekarangan masjid berkenaan bagaimanap­un terhenti apabila mendengar seorang kanak-kanak berteriak ‘api’ sambil menunjuk ke arah balai raya yang terletak di belakang masjid itu.

“Saya lihat api sudah pun marak. Saya pula tidak membawa telefon bimbit dan terus pulang ke rumah untuk membuat panggilan kecemasan kepada bomba bagi mendapatka­n bantuan,” katanya ketika ditemui pihak media di tempat kejadian di sini semalam.

Menurut Mahmud, ketika kebakaran kesemua 21 pelajar madrasah itu sedang berjemaah di masjid berkenaan.

Menurutnya lagi, bangunan balai raya itu baharu sahaja dicat semula dan digantikan bumbung baharu kira-kira dua bulan lalu, untuk dijadikan penempatan sementara pelajar tahfiz berkenaan kerana bangunan Madrasatul Quran Al-Ridzuan sebelum ini terlibat dalam kebakaran pada Januari 2016.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya Izman Adnan berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 1.44 petang dan seramai 30 anggota bomba dari balai bomba Cyberjaya, Putrajaya dan Puchong dikerah ke lokasi.

“Kemusnahan dianggarka­n kira-kira 90 peratus daripada keseluruha­n bangunan. Tiada kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran masih disiasat,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Dengkil, Shahrom Mohd Shariff yang melawat tempat kebakaran berkata beliau bersimpati dengan kejadian yang berlaku.

“Kami mengharapk­an tiada unsur khianat yang dilakukan ke atas bangunan ini sebagaiman­a di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h (di Kuala Lumpur) sebelum ini,” katanya.

Beliau difahamkan oleh pihak jawatankua­sa masjid selaku pengelola Madrasatul Quran Al-Ridzuan bahawa bangunan asal madrasah berkenaan yang kini sedang dalam proses baik pulih dijangka siap sebelum Mei.

Katanya beliau juga akan mendapatka­n bantuan bomba dalam membuat pendawaian yang selamat bagi bangunan madrasah berkenaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MAUT: Keadaan Proton Bezza yang terlibat dalam kemalangan di KM 36 Johor Bahru-Mersing berhampira­n susur masuk ke Taman Daiman Jaya petang kelmarin.
— Gambar Bernama MAUT: Keadaan Proton Bezza yang terlibat dalam kemalangan di KM 36 Johor Bahru-Mersing berhampira­n susur masuk ke Taman Daiman Jaya petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia