Utusan Borneo (Sarawak)

Suami isteri maut dalam kenderaan babit empat kereta

-

KOTA TINGGI: Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan membabitka­n empat kenderaan di Kilometer 36, Jalan Johor Bahru-Mersing berhampira­n susur masuk ke Taman Daiman Jaya, dekat sini, petang kelmarin.

Edil Azhar Abdul Rahman @ Mohamed, 39, dan isterinya Noraziah Mohamad Ali, 36, yang meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan pada badan itu difahamkan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di FELDA Pasak di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah yang mengesahka­n kejadian tersebut berkata kira- kira jam 4.45 petang itu, sebuah Peodua Bezza dari arah Kota Tinggi ke Johor Bahru tibatiba masuk ke laluan berten- tangan sebelum bertembung dengan Perodua Kancil yang dinaiki pasangan berkenaan.

“Turut terlibat dalam pertembung­an itu ialah sebuah lagi Perodua Kancil dan Honda Accord yang datang dari arah Johor Bahru menghala ke Kota Tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Sementara itu, pemandu Perodua Bezza mengalami cedera ringan manakala pemandu sebuah lagi Proton Kancil dan Honda Accord tidak cedera.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu Perodua Bezza,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk urusan bedah siasat. — Bernama PELABUHAN KLANG: Seorang mangsa kejadian kebakaran di perkampung­an nelayan Bagan Hailam di sini, mendakwa mendengar tiga letupan kuat sebelum melihat beberapa rumah mula dijilat api.

Loo Tien Seong, 55, berkata ketika itu beliau bersama empat anggota keluargany­a sedang menonton televisyen di rumah.

“Bila saya dengar bunyi tersebut, saya dan isteri pun keluar rumah untuk lihat apa yang terjadi dan nampak rumah hujung sudah terbakar.

“Kami terus menyuruh dua adik dan emak saya keluar dari rumah dan selamatkan diri, saya hanya dapat bawa sedikit dokumen penting seperti semua surat beranak sebelum keluar rumah. Api datang (marak) sangat cepat, sekejap sahaja rumah saya sudah terbakar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Sebanyak 14 rumah yang didiami 16 keluarga musnah sepenuhnya dalam kejadian pada kira-kira jam 10 malam kelmarin itu, bagaimanap­un tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Seorang lagi mangsa, Nah Lai Chuan, 52, berkata ketika kejadian beliau sekeluarga sedang menghadiri rumah terbuka kakaknya di Bukit Tinggi dekat sini.

Katanya sewaktu insiden, rumahnya yang baharu lepas diubah suai untuk keselesaan 11 penghuni dan sambutan Tahun Baharu Cina itu tiada berpenghun­i.

“Sekitar 11 malam, seorang kawan menelefon memberitah­u rumah saya terbakar, kami semua terus balik. Sampai sini rumah sudah habis, tiada apa tinggal,” katanya.

Sementara itu, nasib malang yang menimpa 70 mangsa daripada 16 keluarga itu mendapat perhatian MCA dan Barisan Nasional (BN) Kapar apabila masing-masing menyumbang wang tunai RM500 buat kesemua mereka yang terjejas dalam kebakaran berkenaan.

Pengerusi BN Kapar Datuk Faizal Abdullah ketika ditemui berkata sumbangan itu adalah sebagai bantuan awal untuk keluarga terlibat membeli barangan keperluan harian mereka.

Turut hadir Ketua MCA Bahagian Kapar Datuk Song Kee Chai.

Song yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tan Sri Noh Omar berkata pihaknya akan cuba memohon peruntukan RM30,000 untuk setiap rumah daripada Jabatan Perdana Menteri bagi membina kembali kediaman yang musnah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SUMBANGAN: Faizal (tiga, kiri) menyampaik­an wang sumbangan kepada Soo Jon Teck (dua, kanan) ketika melawat kawasan kebakaran di Bagan Hailam, semalam.
— Gambar Bernama SUMBANGAN: Faizal (tiga, kiri) menyampaik­an wang sumbangan kepada Soo Jon Teck (dua, kanan) ketika melawat kawasan kebakaran di Bagan Hailam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia