Utusan Borneo (Sarawak)

Kvitova kembali ke dalam senarai 10 pemain teratas dunia selepas ungguli Terbuka Qatar

-

DOHA, Qatar: Petra Kvitova bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Garbine Muguruza untuk memenangi kejohanan Terbuka Qatar, satu kemenangan melonjakka­n beliau kembali ke dalam senarai 10 pemain teratas dunia.

Kvitova bermula hambar yang menyaksika­n beliau tewas lima permainan pertama sebelum menang 3-6, 6-3 dan 6-4.

Ia adalah kali pertama Kvitova berada dalam 10 senarai teratas dunia sejak kecederaan serius di pergelanga­n tangan kerana bergelut dengan perompak di kediamanny­a pada Disember 2016.

“Ia sememangny­a berasa hebat sekali, ia satu trofi yang cantik,” kata beliau. “Ia mengambil masa agak lama untuk memenangin­ya. Hari ini, ia saingan yang kuat.”

Ditanya tentang perasaan kembali ke dalam senarai 10 pemain terbaik dunia, beliau berkata: “Saya ingat pada tahun lepas apabila ditanya soalan yang sama, saya tidak pernah mengimpika­nnya,” kata beliau. “Ia satu perasaan yang sangat istimewa untuk kembali semula (10 teratas).”

Kemenangan di Doha adalah yang kedua buat jaguh dari Republik Czech itu musim ini dan yang ke-22 dalam kerjayanya.

Beliau juga menewaskan empat pemain dari ranking 10 teratas di Doha minggu ini, termasuk pemain nombor satu dunia, Caroline Wozniacki, untuk memenangi kejuaraan.

Kvitova memulakan tahun ini dengan berada pada ranking ke-29 dunia tetapi sudah menaiki anak tangga dengan pantas selepas kemenangan di St Petersburg awal bulan ini.

Beliau bagaimanap­un ber- mula hambar membolehka­n Muguruza memenangi set pertama tetapi memulakan kebangkita­n pada pertengaha­n set kedua sebelum mengikat kedudukan dan membawa ke penentuan set ketiga.

Yakin dengan kemenangan set kedua, beliau menguasai Muguruza dengan mendahului 4-2 pada set penentuan sebelum menangani kebangkita­n mini lawannya untuk mengesahka­n kejuaraan.

Walaupun tewas, Muguruza akan naik satu anak tangga ranking dunia – ke tangga ketiga dunia. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia