Utusan Borneo (Sarawak)

Marr sc@Nate ft juara Kejohanan Futsal ‘Church Champion’s Cup’

-

KUCHING: Pasukan Marr sc@Nate ft mencipta sejarah tersendiri apabila merangkul kejuaraan Kejohanan Futsal ‘Church Champion’s Cup’ Edisi 18 yang berlangsun­g di Stadium Tertutup Samarahan baru-baru ini.

Marrsc@Nateftmene­waskan pasukan We United (B) dengan jaringan 2-0 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, piala pusingan, piala iringan serta pingat manakala We United (B) yang akur sebagai naib juara menerima wang tunai RM700, piala iringan serta pingat.

Tempatketi­gadisandan­gReal Kubota setelah mengalahka­n We United (A) dalam perlawanan sengit yang berkesudah­an dengan jaringan 2-1, membole- hkannya menerima wang tunai RM350, piala iringan serta pingat sementara We United (A) menerima wang tunai RM200 serta piala.

Lebih manis buat Marr sc @ Nate ft, apabila empat anugerah utama berjaya disapu bersih iaitu Pasukan Terbaik Kejohanan, Pemain Terbaik Final yang dinobatkan kepada Jackly Nachang, Penjaga Gol Terbaik Final kepada Albison Christophe­r Arifin dan Pemain Muda Harapan 19TKB Kejohanan kepada Filbert McCann Riot.

Anugerah Penjaring Terbanyak Kejohanan pula dirangkul pemain Elastico, Bill dan Anugerah Pengurus Terbaik Pasukan diberikan kepada Jeffery daripada pasukan We United.

Menurut pengerusi jawa- tankuasa pengelola yang juga merupakan Presiden Kelab Bola Sepak Emmanuel, Gidien Dayos, kejohanan selama dua hari itu yang melibatkan 44 pasukan dari seluruh Sarawak merupakan medan untuk mencungkil bakat para pemain.

Justeru, beliau berkata ekoran kejayaan kejohanan tersebut, satu lagi kejohanan futsal akan diadakan di Stadium Tertutup Samarahan pada Ogos nanti.

“Kejohanan ini akan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah hampir RM15,000 dan setakat ini kami telah menerima penyertaan beberapa pasukan dari luar Sarawak,” katanya.

Pengurus pasukan yang berminat boleh menghubung­i 019-8382524 untuk maklumat lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia