Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n minda pelajar cemerlang penuhi harapan semua

-

PEMBANGUNA­N minda pelajar untuk menghasilk­an kecemerlan­gan pendidikan adalah fokus utama dalam merelisasi­kan harapan semua pihak terutama warga sekolah dan ibu bapa pelajar.

Guru Kaunselor Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) Betong Abang Aidil Abang Abai berkata, setiap pelajar harus tahu peranan masing-masing dalam mengejar impian sekali gus berjaya membuktika­n kesungguha­n itu dengan kecemerlan­gan dalam keputusan ujian yang diduduki.

“Kalau kita bersungguh­sungguh untuk berjaya, tentunya kita tidak akan bersikap sambil lewa dalam pembelajar­an kita untuk menggapai impian yang kita idamkan.

“Justeru itu, bagi yang ingin melangkah ke MRSM Betong, keputusan UPSR yang diterima sekurangse­kurangnya minimum 3A, 2B, 1C dengan syarat wajib pencapaian cemerlang A dalam mata pelajaran Matematik dan Sains.

“Tanamkan semangat untuk belajar supaya apa yang diimpikan mampu dicapai dan berjaya seperti mana pelajar terdahulu dari sekolah ini yang berjaya meneruskan pengajian di MRSM Betong.

“Tidak dinafikan mereka berjaya membuktika­n bahawa pelajar di sini juga mampu setanding dengan pelajar di bandar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa sesi motivasi sempena Program Penyampaia­n Beg Sekolah Sumbangan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dekat Debak, barubaru ini.

Tambahnya, MRSM Betong menduduki tempat ke-17 daripada 54 MRSM di Malaysia dalam pencapaian terbaik keputusan peperiksaa­n.

“Kejayaan itu satu pencapaian membanggak­an kepada warga MRSM Betong dan sebagai galakan untuk pelajar yang ingin belajar di sana.

“Namun harus diingat tiada yang mustahil jika kita belajar bersungguh- sungguh untuk mencapai keinginan itu,” tambahnya.

Sementara itu, Guru Besar SK Muton Bulia Sigan menegaskan, sekolahnya memerlukan sokongan semua pihak untuk memberikan yang terbaik.

“Saya amat teruja dan menghargai manamana pihak yang ingin membantu pihak sekolah, lebih-lebih lagi dengan kedatangan wakil MRSM Betong untuk menyampaik­an sumbangan sekali gus memberi perangsang kepada pelajar.

“Dalam masa yang sama, sesi motivasi ini mampu menyemarak­kan semangat 20 calon UPSR sekolah ini pada tahun ini,” jelasnya.

“Kalau boleh kami ingin memohon kepada pihak MRSM Betong untuk kembali menganjurk­an program sekolah angkat dan menyenarai­kan SK Muton sebagai salah sebuah sekolah yang dipilih,” katanya.

Seramai 20 murid SK Muton menerima sumbangan beg sekolah daripada pihak YPM yang disampaika­n MRSM Betong untuk melaksanak­an sumbangan sebagai pencetus semangat kepada pelajar untuk melangkah ke MRSM.

Lima lagi sekolah rendah di daerah Betong menerima sumbangan tersebut iaitu SK St Mark, SK Tui, SK Supa, SK Paku Central dan SK Bungin.

Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Jabatan Sains Sosial MRSM Betong Hasnol Senun, Penolong Kanan(PK) 1 Sebli Awi, PK Hal Ehwal Murid Rajanah Salim dan PK Kokurikulu­m Mahmud Hasim.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Bulia (duduk, empat kiri) dan Hasnol (duduk, lima kiri) bergambar bersama murid-murid yang menerima beg sumbangan YPM di SK Muton, baru-baru ini.
UNTUK ALBUM: Bulia (duduk, empat kiri) dan Hasnol (duduk, lima kiri) bergambar bersama murid-murid yang menerima beg sumbangan YPM di SK Muton, baru-baru ini.
 ??  ?? SUMBANGAN: Hasnol menyerahka­n beg kepada salah seorang murid.
SUMBANGAN: Hasnol menyerahka­n beg kepada salah seorang murid.
 ??  ?? TERIMA KASIH: Bulia menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Hasnol.
TERIMA KASIH: Bulia menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Hasnol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia