Utusan Borneo (Sarawak)

Warga Pullman Miri santuni warga emas Krokop 7

-

KAKITANGAN Hotel Pullman Miri bergotongr­oyong membersihk­an pekarangan Rumah Jagaan Warga Emas di Krokop 7, Miri semasa program lawatan baru-baru ini.

Rombongan diketuai Pengurus Talent & Culture Steven Leok dalam aktiviti dianjur sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Mereka juga bekerjasam­a menanam beberapa batang pokok betik di kawasan kediaman tersebut.

Penanaman anak pokok merupakan program Planet 21 Accorhotel melibatkan isu-isu berhubung memelihara sumber tenaga, makanan dan alam sekitar.

Pihak hotel turut menyumbang barangan keperluan asas dan angpau yang disampaika­n pengurusny­a Jayson Chong. SERAMAI 121 pelajar dan 14 guru Kolej Datu Patinggi Abang Haji (DPAH) Abdillah Kuching menyertai Program Kepimpinan Khas untuk Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Majlis Perwakilan Asrama (MPA) dan Pemimpin Kelas 2018, baru-baru ini.

Program tersebut yang dianjurkan oleh Kolej DPAH Abdillah dengan kerjasama Unit Kaunseling dan Kebajikan Pelajar (UniK), Pusat Khidmat Pelajar, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) diadakan di Dewan Syarahan, PITAS UNIMAS baru-baru ini.

Para pelajar Kolej DPAH Abdillah terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Perwakilan Asrama dan Pemimpin Kelas (Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan).

Program itu dikendalik­an oleh pegawai dan kakitangan UniK dan dibantu oleh 12 fasilitato­r yang terdiri daripada pelajar UNIMAS.

Antara aktiviti yang diadakan ialah ceramah, slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK), ‘Running Man Games,’ slot ‘ice breaking’ serta sesi refleksi dan pembentang­an resolusi.

Program tersebut bertujuan untuk meningkatk­an pengetahua­n pelajar tentang kepimpinan selain membina sahsiah positif dan akhlak terpuji sebagai pemimpin.

Malah, program tersebut juga diharap dapat meningkatk­an keterampil­an diri pelajar sebagai pemimpin dan menjadi contoh yang baik kepada pelajar lain.

 ??  ?? SANTUNI WARGA EMAS: (Barisan belakang, dari lima kanan) Steven, Jayson dan kakitangan Pullman Miri bergambar kenangan dengan penghuni Rumah Jagaan Warga Emas Krokop.
SANTUNI WARGA EMAS: (Barisan belakang, dari lima kanan) Steven, Jayson dan kakitangan Pullman Miri bergambar kenangan dengan penghuni Rumah Jagaan Warga Emas Krokop.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia