Utusan Borneo (Sarawak)

Penggiat industri kreatif Dayak Iban perlu berani tonjol bakat mereka

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Penggiat industri kreatif di negeri ini terutama dari kalangan masyarakat Dayak Iban perlu berani untuk menonjolka­n bakat mereka kepada umum.

Naib Pengerusi Persatuan Penggiat Seni dan Kebudayaan Dayak Kuching, Isa Lee berkata masyarakat kita Dayak Iban mempunyai bakat dan kreativiti seni yang setanding dengan masyarakat lain.

Malah katanya, dari segi muzik semakin ramai dalam kalangan masyarakat kita yang mempunyai pendidikan formal dan teori yang tinggi dalam bidang ini yang mampu mengubah muzik dan lirik lagu yang berkualiti.

“Apa yang menjadi masalah kepada masyarakat kita ialah sikap merendah diri serta kurang arif dari segi ‘networking’ untuk berurusan dengan pihak yang boleh membantu menaikkan atau melariskan bakat mereka.

“Jika dilihat, banyak pertanding­an muzik dan nyanyian dianjurkan di negeri ini, namun masih ramai dari kalangan mereka yang berbakat ini enggan untuk turut serta kerana kurang yakin dengan diri sendiri,” kata Isa.

Contoh terbaik adalah Eisner Nala dari OCHSP yang lahir dari Pertanding­an Bintang Klasik Iban, Charlene Johnny dari AMG Rising Star, Diana Ant Blikau, Eyqa Saiful, Jessica Remaya, Gabriel Fairus Lois dan ramai lagi.

Sehubungan itu, Isa yang juga merupakan salah seorang komposer, menggesa mereka yang mempunyai bakat dalam bidang nyanyian, lakonan, muzik dan sebagainya harus lebih proaktif.

“Kejar peluang walau terpaksa membayar dan bukannya menunggu peluang mencari atau mengejar kita,” ujar Isa kepada para penggiat industri kreatif terutama bakat baru yang mahu berjaya.

Isa dalam pada itu turut berharap para penggiat industri ini akan menghasilk­an lebih banyak lagu dan muzik yang diminati ramai.

Pada masa yang sama beliau turut berharap lebih ramai anak Sarawak memberanik­an diri menceburi bidang ini secara profesiona­l.

Setiap penghasila­n seni katanya haruslah beridentit­ikan budaya masyarakat kita kerana dengan itu sahaja kita boleh menyaingi orang lain.

 ??  ?? ISA LEE
ISA LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia