Utusan Borneo (Sarawak)

Selatan Mexico mohon dana kecemasan pascagempa bumi

-

KOTA MEXICO : Wilayah selatan Oaxaca di Mexico memohon dana kecemasan persekutua­n kelmarin agar membekalka­n makanan, tempat perlindung­an dan perkhidmat­an kesihatan di lebih 30 perbandara­n yang dilanda gempa bumi kuat minggu lepas di sebuah wilayah yang masih menerima kesan akibat gegaran pada September 2017.

Gempa bumi sekuat 7.2 magnitud pada Jumaat lepas, yang tidak menyebabka­n sebarang kematian, berpusat 90 batu dari pusat peranginan peluncur Puerto Escondido di pantai Pasifik.

Ia menggegark­an bangunan di ibu negara, menghantar gegaran sehingga ke selatan di Guatemala dan mencetuska­n lebih 1,520 gegaran susulan.

Sekurang-kurangnya 1,000 rumah mengalami kerosakan di Oaxaca, gabenor wilayah Alejandro Murat memberitah­u program televisyen Mexico Sabtu lepas, lebih tinggi berbanding anggaran kerosakan awal.

Gambar- gambar media menunjukka­n beberapa rumah, perniagaan dan sekolah mengalami retakan pada dinding dan runtuhan mengotori tanah.

Sebuah helikopter tentera yang meninjau kerosakan akibat gempa bumi terhempas di Santiago Jamiltepec pada malam Jumaat, mengorbank­an sekurang-kurangnya 13 orang.

Kementeria­n Dalam Negeri di Mexico menyatakan bantuan persekutua­n akan disalurkan ke beberapa pekan termasuk Pinotepa Nacional, paling dekat dengan pusat gempa, dan Santiago Jamiltepec, yang telah melaporkan 50 rumah yang musnah, di samping sebuah gereja dan bangunan kerajaan.

Usaha pemulihan masih dilakukan di Oaxaca termasuk di Kota Mexico selepas gempa bumi kuat pada September mengorbank­an beratus-ratus orang dan meruntuhka­n puluhan bangunan.

 ?? — Gambar AFP ?? PERLU DIBINA SEMULA: Keadaan bangunan yang rosak teruk selepas dilanda gempa bumi di kawasan kejiranan Pinotepa Nacional di Oaxaca, Mexico kelmarin.
— Gambar AFP PERLU DIBINA SEMULA: Keadaan bangunan yang rosak teruk selepas dilanda gempa bumi di kawasan kejiranan Pinotepa Nacional di Oaxaca, Mexico kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia