Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa serangan Florida rancang perarakan di Washington

‘March for Our Lives’ tuntut reformasi segera pemilikan senjata api

-

WASHINGTON: Para pelajar yang terselamat dalam kejadian tembakan beramai-ramai di sekolah mereka di Florida kelmarin mengumumka­n rancangan berarak di Washington dalam usaha memalukan ahli politik mengenai pindaan undang-undang yang menjadikan senjata api mudah diperolehi.

‘March for Our Lives’ akan dilakukan pada 24 Mac, dengan rali-rali lain dirancang di seluruh negara, sekumpulan pelajar memberitah­u ‘This Week’ dalam ABC News.

Mereka berjanji menjadikan kejadian pembunuhan Rabu lepas di Parkland, Florida sebagai titik perubahan dalam perdebatan buntu di Amerika Syarikat (AS) mengenai kawalan senjata.

Nikolas Cruz, 19, bekas pelajar bermasalah di Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas, mengaku membunuh 17 orang dengan raifal separa automatik AR-15 yang dibeli secara sah, kekejaman terbaharu di sebuah negara dengan lebih 30,000 kematian berkaitan senjata api setiap tahun.

Antara pelajar yang mengumumka­n perarakan tersebut adalah Emma Gonzalez, yang menarik perhatian seluruh dunia dengan ucapan yang sangat tegas di mana beliau mengecam Presiden Donald Trump bagi sokongan jutaan dolar yang diterima kempennya menerusi pelobi senjata.

Beliau berjanji Stoneman Douglas akan menjadi kejadian tembakan beramai-ramai terakhir.

Gonzalez, 18, kelmarin menggesa ahli politik untuk menyertai perbualan mengenai kawalan senjata, memetik Trump termasuk rakannya Senator Florida Republikan Marco Rubio dan Gabenor Rick Scott.

“Kami ingin memberi mereka peluang untuk berada pada pihak yang benar dalam perkara ini,” kata beliau, lantas diiringi empat rakan sekelasnya untuk menyeru kepada pelajar di seluruh negara bagi membantu menyatakan mesej tersebut.

Membezakan hubungan di antara ahli politik dan National Rifle Associatio­n (NRA), pelajar Stoneman Douglas Cameron Kasky menyatakan mana-mana ahli politik yang menerima wang daripada NRA bertanggun­gjawab atas kejadian seperti ini.

“Ini bukannya mengenai GOP ataupun Demokrat,” kata beliau, merujuk kepada Parti Republikan.

NRA, sekutu tradisiona­l Republikan yang kini men- gawal Kongres dan Rumah Putih, mempertaha­nkan pandangan mengenai Pindaan Kedua Perlembaga­an AS yang menjanjika­n hak untuk menyimpan dan memiliki senjata.

Malah selepas pembunuhan pada Oktober lepas melibatkan 58 orang oleh seorang penyerang bersenjata di Las Vegas yang mengumpul 47 laras senjata api bagi melakukan tembakan beramai-ramai dalam sejarah AS yang terbaharu, pihak perundanga­n tidak mencapai apa-apa dalam cara memperketa­t kawalan.

Pelajar tersebut tidak menyatakan berapa ramai yang dijangkaka­n menyertai rali mereka.

Namun sasaran mereka mendapat sokongan daripada Anggota Kongres Demokratik Florida Ted Deutch, yang menyatakan mereka boleh melakukan satu perubahany­ang ketara.

“Selepas apa yang mereka lihat, perkara terburuk dapat dibayangka­n, mereka tidak akan hanya duduk diam dan menerimany­a sahaja,” beliau memberitah­u ‘This Week’.

“Sepanjang minggu ini semua yang saya telah dengari adalah betapa kecewanya orang ramai dengan retorik. Mereka inginkan tindakan.”

Ahli Kongres Republikan Florida Carlos Curbelo, bercakap dalam rancangan yang sama, menyatakan beliau sedang berusaha ke arah penyelesai­an bipartisan yang boleh menghalang tragedi sama.

Ahli Kongres Demokratik Adam Schiff menyatakan walaupun Republikan berdepan halangan lebih besar dalam menjadikan kawalan senjata sebagai satu keutamaan, ia juga merupakan cabaran dalam parti Demokrat.

Bercakap dalam ‘State of the Union’ di CNN Schiff menanyakan: “Berapa banyak lagi kejadian seperti ini yang kita perlu terima? Berapa banyak tembakan lagi?”

Kongres perlu mengetepik­annya untuk bersikap tegas terhadap NRA dan melakukan perkara yang benar, jelas beliau.

Namun pengacara radio konservati­f Rush Limbaugh, bercakap dalam rancangan yang sama, menyatakan sama ada perundanga­n atau perarakan adalah jawapannya.

“Ia bukan kesalahan NRA.

“Sekiranya kita benar-benar serius mengenai melindungi anak- anak kita, kita memerlukan satu mekanisme untuk bersifat defensif,” kata beliau, menyeru agar senjata api dibenarkan di sekolahsek­olah.

 ?? —Gambar Reuters ?? RAYUAN: Seorang pelajar menangis ketika lilin dinyalakan untuk salah seorang mangsa serangan di Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas semasa upacara peringatan di gereja mega Church By The Glades di Coral Springs, Florida, kelmarin.
—Gambar Reuters RAYUAN: Seorang pelajar menangis ketika lilin dinyalakan untuk salah seorang mangsa serangan di Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas semasa upacara peringatan di gereja mega Church By The Glades di Coral Springs, Florida, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia