Utusan Borneo (Sarawak)

Oxfam dakwa bekas pengarah Haiti mengakui upah pelacur

-

LONDON: Bekas pengarah negeri Oxfam yang menjadi perhatian bagi skandal pelacuran telah mengakui sebagai membayar bagi seks di kediaman yang dibiayai oleh badan kebajikan semasa satu soal siasat dalaman mengenai tuduhan tersebut, menurut satu laporan dikeluarka­n semalam oleh organisasi British.

Roland van Hauwermeir­en, yang mengetuai pasukan Oxfam di Haiti, adalah salah seorang dari tiga orang kakitangan yang meletak jawatan bagi tuduhan bahawa mereka mengupah pekerja seks muda selepas kemusnahan akibat gempa bumi pada 2010 di sana.

Rakyat Belgium berusia 68 tahun itu telah menafikan menganjurk­an parti liar atau mengunjung­i rumah pelacuran di Haiti, menyatakan dia memberitah­u Oxfam dia terlibat dalam hubungan intim kira-kira tiga kali di kediamanny­a namun tidak membayar bagi kegiatan ini.

Satu salinan bagi satu laporan 2011 dari siasatanny­a yang dimaklumka­n kepada umum oleh pihak kebajikan menyatakan Van Hauwermeir­en menawarkan untuk meletakkan jawatan selepas mengakui kepada pihak penyiasat bahawa dia telah mengupah pekerja seks di kediaman yang dibiayai oleh Oxfam.

“Sepanjang temubual CD mengakui sebagai menggunaka­n pelacur di kediaman OGBnya

(Oxfam Great Britain),” menurut laporan, merujuk kepada pengarah negeri.

Badan kebajikan tersebut telah berdepan tuduhan bahawa ia tidak bersikap telus mengenai skandal tersebut, yang telah membawa kepada perletakan jawatan timbalan ketuanya.

Laporan menyatakan Oxfam mempertimb­angkan notis selama sebulan dengan Van

Hauwermeir­en dan bersetuju agar membenarka­n dia “pergi secara berperingk­at dan bermaruah” sekiranya dia bekerjasam­a dengan bahagian lain dalam siasatan.

Ia menambah tiada satu pun tuduhan awal melibatkan penipuan, nepotisme atau penggunaan pelacur bawah umur merupakan tambahan semasa siasatan, walaupun ia tidak boleh diputuskan bahawa mana-mana dari pelacur tersebut sebagai bawah umur. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia