Utusan Borneo (Sarawak)

Keluarga angkat akui penyerang Florida ganjil dan naif

-

WASHINGTON: Pasangan yang menerima penembak sekolah Florida Nikolas Cruz ke dalam keluarga mereka menyatakan dalam temu bual yang diterbitka­n kelmarin bahawa mereka tidak memahami kecenderun­gan keganasan pemuda itu yang dikatakan ganjil dan naif.

Cruz, 19, rakan kepada anak lelaki mereka, menetap dengan James dan Kimberly Snead di Parkland, Florida pada lewat November selepas kematian ibunya awal bulan tersebut akibat komplikasi pneumonia, lapor South Florida Sun Sentinel.

“Saya memberitah­unya di rumah ini terdapat peraturan dan dia perlu mematuhi setiap peraturan tersebut,” James Snead, 48, veteran tentera dan penganalis­is perisikan tentera, memberitah­u akhbar.

“Penjenayah ini tinggal bersama kami dan kami langsung tidak mengetahui apa-apa,” menurut Kimberly Snead, 49, jururawat.

Cruz membunuh 17 orang di bekas sekolah tingginya pada Rabu lepas menggunaka­n selaras raifal AR-15 yang dibelinya secara sah.

Ia merupakan pembunu- han beramai- ramai di sekolah yang terburuk di negara ini sejak kejadian ngeri di Sandy Hook enam tahun lepas yang menyebabka­n 26 terbunuh.

Satu profil mengenai seorang pemuda bermasalah yang dibuang dari sekolah pada tahun lepas akibat masalah disiplin.

FBI mengakui menerima amaran pada bulan lepas mengenai pemilikan senjata oleh Cruz, sikapnya yang tidak menentu dan kenyataan media sosial yang agak mengganggu, termasuk potensi melakukan tembakan di sekolah.

Pihak agensi tidak mengambil sebarang tindakan di sebalik semua maklumat tersebut.

Pasangan Snead menyifatka­n pemuda berusia 19 tahun itu membesar tanpa pernah melakukan pekerjaan biasa, dia tidak boleh memasak, membasuh pakaian, menguruska­n dirinya sendiri, malah menggunaka­n ketuhar gelombang mikro.

“Dia amat naif, bukannya lembap, hanya naif,” James Snead memberitah­u Sun Sentinel.

Cruz mempunyai tabiat pe- lik, seperti meletakkan biskut cip coklat di atas sandwic kejunya, selain masuk tidur jam 8 malam.

Dia kelihatan kesunyian dan ingin mempunyai teman wanita, selain tertekan dengan kematian ibunya, jelas pasangan itu lagi. Kimberly Snead membawa Cruz ke pejabat pakar terapi hanya lima hari sebelum kejadian, dan dia menyatakan dia terbuka kepada terapi dan mengambil kad perniagaan.

Cruz memberitah­u pasangan Snead dia akan mewarisi sekurang-kurangnya AS$ 800,000 daripada ibu bapanya, dengan kebanyakan daripada dana tersebut hanya boleh dimiliki ketika dia berusia 22 tahun.

Kali terakhir pasangan itu melihat Cruz, yang didakwa atas 17 tuduhan membunuh terancang, di pejabat Syerif Daerah Broward dalam pakaian hospital, bergari dan dikeliling­i anggota polis.

“Dia menyatakan dia menyesal dan meminta maaf.

“Dia kelihatan seperti hilang, benar-benar bingung dan itulah kali terakhir kami melihatnya,” menurut James Snead. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia