Utusan Borneo (Sarawak)

Dana AS$25,000 untuk ‘Romeo’, sang katak kesepian

-

LA PAZ: Akhirnya Romeo, sang katak Bolivia yang kesepian, menikmati kasih sayang sejati apabila kempen mengumpul AS$15,000 (RM55,500) menjelang Hari Valentine bagi membiayai usaha mencari ‘Juliet’ mengaut AS$25,000 (RM92,500), menurut sebuah kumpulan alam sekitar.

Romeo merupakan katak terakhir seumpamany­a yang diketahui manusia.

Mengambil kira jangka hayat biasa katak air Sehuencas, ia hanya ada kira-kira lima tahun lagi untuk hidup, sekali gus menjadikan usaha mencari kekasihnya sesuatu yang perlu segera dilaksanak­an.

Global Wildlife Conservati­on yang berpangkal­an di Texas bekerjasam­a dengan laman sesawang pencari pasangan Match dan Inisiatif Amfibia Bolivia untuk mengumpul wang bagi peluang terakhir Romeo mencari pasangan.

“Orang dari seluruh dunia menunjukka­n kasih sayang mereka pada Hari Valentine ini bagi amfibia paling sunyi di dunia,” kumpulan alam sekitar itu menyebut dalam satu kenyataan Jumaat lepas.

“Kami terharu dengan sokongan daripada Match dan semua penderma yang dengan murah hati menerima Romeo dalam hati mereka pada minggu ini,” kata Arturo Munoz, pengasas Inisiatif Amfibia, projek Muzium Sejarah Semula Jadi Cochabamba, di mana Romeo tinggal.

“Terima kasih kepada bantuan semua orang yang menderma, kami berharap pengumuman besar kami seterusnya ialah kami sudah menjumpai Juliet untuk Romeo dan mewujudkan program pembiakan pemulihara­an untuk menyelamat­kan spesiesnya daripada kepupusan,” Munoz menyebut dalam kenyataan berkenaan.

Kempen #Match4Rome­o, di mana katak itu mempunyai profil sendiri dalam Match, menjana derma dari 32 negara.

Profil itu termasuk sebuah video katak bujang bermata besar itu melompat-lompat dalam tangkinya dan menerpa cacing.

Munoz berkata sebelum ini bahawa ketika penyelidik menemui Romeo sedekad lalu, mereka tahu katak air Sehuencas diancam kepupusan tetapi mereka tidak tahu mereka tidak akan menjumpai seekor lagi, apatah lagu teman yang dapat mengawan dengannya dan memelihara spesiesnya.

Perubahan iklim, kehilangan habitat dan ancaman lain meninggalk­an kesan ke atas katak tersebut, seperti banyak makhluk lain.

Munoz berkata, Romeo mula memanggil teman kirakira setahun selepas ia dibawa ke dalam kurungan sedekad lalu, tetapi panggilann­ya mulai perlahan sejak beberapa tahun lalu.

Saintis tidak mahu Romeo mengalami nasib menyedihka­n yang menimpa ‘Lonesome George’, kura- kura Galapagos tanpa anak yang mati pada 2012, sekali gus melenyapka­n seluruh sub spesiesnya.

Dengan wang yang dikutip, Inisiatif Amfibia merancang mengadakan 10 ekspedisi ke lokasi di mana spesies itu biasa dijumpai, selain ke habitat serupa yang belum dikunjungi sesiapa.

Pasukan ekspedisi merancang untuk memulakan pencarian mereka seawal Jun di hutan timur Pergununga­n Andes, dan pastinya Romeo amat tertunggu-tunggu hasilnya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia