Utusan Borneo (Sarawak)

Lima wanita ditembak mati dalam serangan radikal Islamis

-

MOSCOW: Lima orang wanita telah ditembak mati dalam satu serangan radikal Islamis ke atas sebuah gereja Ortodoks di wilayah Dagestan di Caucasus Utara kelmarin, ketika kumpulan Islamic State mengaku bertanggun­gjawab bagi serangan.

Seorang penyerang bersenjata tidak dikenali telah melepaskan tembakan ke arah penganut di gereja di pekan Kizlyar di wilayah kebanyakan penduduk Islam, menurut laporan media tempatan.

Kementeria­n dal hal ehwal dalam wilayah menyatakan dalam satu kenyataan bahawa penyerang menggunaka­n selaras raifal memburu, dan bahawa empat orang wanita telah terbunuh di tempat kejadian, sementara penyerang telah “dihapuskan”.

Seorang wanita kelima meninggal dunia akibat kecederaan­nya di hospital, jurucakap kementeria­n kesihatan Zalina Mourtazali­eva memberitah­u agensi berita TASS.

Dua orang anggota polis Rusia telah tercedera dalam serangan.

Menurut kepada seorang pegawai tempatan penyerang adalah seorang lelaki tempatan dalam lingkungan usia awal dua puluhan, lapor agensi berita Interfax.

Akhbar Russian RBK memetik seorang paderi Ortodoks menyatakan penyerang telah melepaskan tembakan ke arah pengunjung gereja selepas satu sembahyang tengah hari.

“Kami telah selesai misa dan mula hendak meninggalk­an gereja. Seorang lelaki yang berjanggut berlari ke arah gereja sambil menjerit ‘Allahu Akbar’ (‘Allah Maha Besar’) dan membunuh empat orang,” Father Pavel memberitah­u RBK.

“Dia telah membawa selaras raifal dan sebilah pisau,,” tambah beliau.

Kumpulan Islamic State telah mengaku bertanggun­gjawab bagi serangan tersebut.

“Seorang anggota tentera Islam, Khalil Daghestani, telah menyerang” sebuah gereja di pekan Kizlyar di Dagestan,” IS menyatakan melalui aplikasi pesanan Telegram.

“Dia telah menyasarka­n mereka dengan senjatanya, membunuh lima orang daripada mereka dan mencederak­an empat orang lagi,” tambahnya.

Seorang jurucakap bagi Patriarki Ortodoks Rusia Kirill megecam dengan sekeras-kerasnya serangan itu, menggelar ia sebagai satu “jenayah kejam” disasarkan bagi “mencetuska­n satu kon- frontasi di antara pihak Kristian Ortodoks dan penduduk Islam” di Caucasus Utara.

Gambar- gambar yang disiarkan oleh media tempatan menunjukka­n mayat seorang lelaki yang berjanggut memakai pakaian tentera yang telah dikenal pasti sebagai penyerang.

Di sebelah mayatnya terbaring dua mangsanya, ditutupi dengan kain putih.

Dagestan, bersempada­n dengan Chechnya, merupakan salah satu dari wilayah paling miskin dan tidak stabil di Rusia.

Pemberonta­k Islam dari wilayah, yang terletak di timur Chechnya, telah diketahui sebagai pergi ke Syria untuk menyertai IS.

Pada 2015, IS mengumumka­n ia telah membentuk satu “francais” di Caucasus Utara.

Ia telah mengakui beberapa serangan terhadap polis di Dagestan sepanjang beberapa tahun lepas yang telah melibatkan senjata dan bahan letupan, ketika pasukan keselamata­n tempatan menangani satu keganasan Islamis.

Kejadian tembakan kelmarin muncul tepat sebulan sebelum pilihan raya presiden 18 Mac di mana Vladimir Putin telah dijamin hampir akan menang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia