Utusan Borneo (Sarawak)

Letupan di Syria meragut empat nyawa

-

BEIRUT: Sekurang-kurangnya empat terkorban kelmarin dalam letupan bom kereta di timur laut Syria Qamishli, menurut pihak pemerhati perang, selepas keadaan tenang selama beberapa bulan di bandar majoriti penduduk Kurdis itu.

Syrian Observator­y for Human Rights menyatakan tiga lagi tercedera semasa satu letupan berlaku di dalam sebuah kereta di kawasan kejiranan Al-Gharbi di bandar tersebut.

Rami Abdel Rahman, ketua Observator­y di Britain, tidak dapat mengesahka­n sama ada kemalangan jiwa melibatkan orang awam atau penyerang.

Agensi berita negara Syria SANA turut melaporkan tentang letupan itu, namun menyatakan angka kematian adalah lima orang.

Qamishli kebanyakan­nya di bawah kawalan pihak berkuasa Kurdis, walaupun pasukan tentera kerajaan Syria mempunyai kehadiran yang terhad di bahagian keselamata­n bandar tersebut.

Ia disasari dengan bom kereta dalam beberapa kejadian sepanjang konflik tujuh tahun di Syria, kebanyakan­nya diakui kumpulan Islamic State.

Namun bandar tersebut menjadi senyap selama beberapa bulan sebelum kejadian letupan kelmarin.

Pada September, satu bom motosikal mengorbank­an seorang kanak- kanak dan mencederak­an tujuh lagi, dalam satu serangan yang dipersalah­kan pasukan keselamata­n Kurdis terhadap kumpulan militia prokerajaa­n.

Kebangkita­n di Syria meletus pada Mac 2011 dengan tunjuk perasaan terhadap pihak kerajaan.

Pasukan tentera rejim telah berundur dari beberapa kawasan majoriti Kurdis di negara ini pada 2012, membuka jalan bagi parti-parti utama Kurdis untuk membentuk sistem pemerintah­an sendiri.—

 ?? Kelmarin. — Gambar AFP ?? NAIF: Kanak-kanak bermain di luar sekolah mereka yang musnah di kampung Frikeh, pinggir barat Idlib
Kelmarin. — Gambar AFP NAIF: Kanak-kanak bermain di luar sekolah mereka yang musnah di kampung Frikeh, pinggir barat Idlib

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia