Utusan Borneo (Sarawak)

Sudan bebas puluhan aktivis, ahli politik pembangkan­g

-

KHARTOUM: Sudan kelmarin membebaska­n puluhan aktivis pembangkan­g yang ditahan bulan lepas dalam tindakan terhadap bantahan menentang kenaikan harga makanan, lapor seorang koresponde­n AFP.

Pembebasan tahanan, termasuk beberapa pegawai kanan pembangkan­g, muncul tiga hari selepas pihak kedutaan Amerika Syarikat (AS) menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai penahanan tersebut dan menyatakan ramai daripada mereka yang ditahan dalam keadaan tidak berperikem­anusiaan.

Mereka yang dibebaskan dari penjara Kobar di utara Khartoum melaungkan ‘Kebebasan! Keadilan! Revolusi!’, lapor koresponde­n tersebut, selepas pihak berkuasa menjemput wartawan ke tempat kejadian.

Mereka disambut dengan pelukan anggota keluarga yang menunggu di luar beberapa jam.

“Atas arahan Presiden Omar al-Bashir, semua tahanan telah dibebaskan,” Abdelrehma­n Al-Sadiq, pembantu kanan Bashir, memberitah­u war- tawan.

Pada Khamis lepas, pihak kedutaan AS menyatakan ratusan pemimpin politik, aktivis dan rakyat biasa ditangkap pihak berkuasa Sudan.

“Ramai tahanan telah ditahan dalam keadaan yang tidak berperikem­anusiaan dan teruk, tanpa akses terhadap peguam atau keluarga,” menurut pihak kedutaan dalam satu kenyataan.

Tahanan yang dibebaskan menyatakan mereka menjangkak­an pembebasan mereka disebabkan oleh situasi politik di negara ini.

“Namun kami masih belum bebas sepenuhnya kerana beberapa rakan kami masih ditahan,” menurut Al-Sidiq Al-Sadiq, anak lelaki kepada bekas perdana menteri Sadiq al-Mahdi, yang mana kerajaanny­a digulingka­n Bashir dalam rampasan kuasa yang disokong Islamis pada 1989.

“Keadaan yang membawa kami ke penjara masih belum berubah.

“Masih terdapat beberapa undang- undang yang menyekat kebebasan,” jelasnya lanjut.

Sepanjang penahanan mere- ka, beberapa pegawai penjara melayan mereka dengan baik namun segelintir lagi tidak, jelas beliau.

Mereka yang dibebaskan kelmarin termasuk Fadlalla Burma Nasir dan Sarah Nugdallah, pemimpin kanan kumpulan pembangkan­g utama Sudan Parti Umma, dan aktivis hak asasi wanita Amal Habbani.

Bantahan berleluasa meletus sejak awal Januari di Khartoum dan beberapa bahagian lain di Sudan yang diseru pembangkan­g dan aktivis bagi tunjuk perasaan antikeraja­an membantah peningkata­n harga makanan.

Pihak polis antirusuha­n dan ejen keselamata­n setakat ini mampu untuk meleraikan rali dengan segera.

Pihak berkuasa Sudan tidak sabar untuk menghalang berulangny­a keganasan maut selepas pusingan awal pemotongan subsidi pada 2013.

Kumpulan hak asasi menyatakan puluhan terkorban ketika pasukan keselamata­n menyerang penunjuk perasaan pada 2013, sekali gus mendapat kecaman antarabang­sa.

 ?? — Gambar Reuters ?? BERGEMBIRA: Para penyokong dan ahli keluarga berkumpul di luar Penjara Nasional semasa pembebasan aktivis dan ahli politik sejurus demonstras­i di Khartoum, semalam.
— Gambar Reuters BERGEMBIRA: Para penyokong dan ahli keluarga berkumpul di luar Penjara Nasional semasa pembebasan aktivis dan ahli politik sejurus demonstras­i di Khartoum, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia