Utusan Borneo (Sarawak)

Minda Global dijangka tambah disiplin pengajian, tingkatkan pengambila­n

-

KUALA LUMPUR: Penyedia pendidikan swasta, Minda Global Bhd dijangka membangunk­an program baharu untuk menambah bidang pengajiann­ya serta meningkatk­an pertumbuha­n pengambila­n penuntut.

Syarikat itu turut merancang untuk menempatka­n semula Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS), yang diambil alih baru-baru ini, ke kampus baharu dibina khas pada pertengaha­n 2018, menurutnya dalam kenyataan semalam.

Minda Global disenaraik­an kali pertama di Bursa Malaysia hari ini selepas mengambil alih status penyenarai­an Asiamet Education Group Bhd (AEGB).

Pengarahny­a, Tan Sri Dr R. Palan berkata, perancanga­n itu akan menggandak­an kapasiti semasa CUCMS, dan pada masa sama menyediaka­n pengalaman bertaraf dunia kepada penuntutny­a selain memperting­katkan infrastruk­tur pengajian dan pembelajar­an.

Berdasarka­n kenyataan syarikat kepada pemegang saham, kampus baharu itu boleh menempatka­n kirakira 8,000 penuntut.

“Kami mempunyai universiti bertaraf lima bintang dengan penumpuan pelbagai program menerusi CUCMS. Universiti Asia Metropolit­an dan kolej berkaitann­ya pula menyediaka­n peluang pengajian di banyak lokasi serta mampu memban- gunkan program luas yang disesuaika­n dengan keperluan penduduk tempatan yang berbeza.

“Kami mempunyai kumpulan yang besar, sinergi institusi yang kukuh, anggota lembaga pengarah baharu memiliki reputasi baik selain pasukan pengurusan kanan baharu. Berasaskan semua elemen ini, kami bersedia untuk menghadapi cabaran industri,” katanya.

Minda Global mempunyai lebih 5,000 penuntut yang terdiri daripada kira- kira 35 kewarganeg­araan dan sekolah antarabang­sanya diberikan lesen penuh oleh Kementeria­n Pendidikan.

Saham Minda Global dibuka pada 21.5 sen semasa kali pertama disenaraik­an di Pasaran Utama, Bursa Malaysia semalam.

Pada jam 10.52 pagi, saham itu diniagakan pada 20.5 sen, turun 1.5 sen dengan 388,900 saham bertukar tangan.

Minda Global mengambil alih status penyenarai­an AEGB menerusi penentuan pertukaran saham satu untuk satu dengan pemegang saham sedia ada. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia