Utusan Borneo (Sarawak)

Inflasi teras Malaysia dijangka kekal 2.5 peratus tahun ini Sumbangan komponen pengangkut­an lebih rendah: RAM Ratings

-

KUALA LUMPUR: RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) menjangkak­an inflasi teras Malaysia akan kekal pada paras 2.5 peratus tahun ini sepertiman­a tahun lepas, didorong oleh sumbangan komponen pengangkut­an yang lebih rendah.

Menurut agensi penarafan itu, inflasi pengangkut­an itu berkemungk­inan besar gagal mengulangi trajektori pertumbuha­n dua angka tanpa kesan penyusutan daripada harga runcit minyak.

“Oleh itu, inflasi makanan sebaliknya diunjur meningkat tahun ini berikutan faktor perbelanja­an yang kukuh serta kesan limpahan daripada semakan kenaikan tarif gas,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

RAM Ratings turut menjangkak­an inflasi barangan tahan lama yang menyederha­na sejak pertengaha­n 2016 akibat perbelanja­an yang lebih perlahan, diunjur mempengaru­hi pertumbuha­n harga yang ketara berikutan peningkata­n kuasa beli.

Agensi penarafan antarabang­sa itu berkata, angka inflasi teras bagi Januari dijangka susut kepada 2.9 peratus daripada 3.5 peratus pada bulan sebelumnya, terutamany­a disebabkan oleh sumbangan pertumbuha­n bahan api pengangkut­an yang rendah susulan kesan kenaikan daripada tahun sebelumnya.

Menurutnya, harga purata bahan api RON95 kekal stabil (naik satu sen) pada RM2.28 seliter pada tempoh Disember 2017 sehingga Januari 2018.

Selain itu, RAM Ratings juga menjangkak­an Kadar Dasar Semalaman ( OPR) akan kekal pada paras 3.25 peratus bagi tempoh selebihnya tahun ini berikutan kenaikan 25 mata asas yang diumumkan oleh Bank Ne- gara Malaysia, bulan lepas.

Agensi itu berkata, unjuran itu berasaskan kepada jangkaan pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih menyederha­na dan inflasi masing- masing pada 5.2 peratus dan 2.5 peratus pada 2018.

Bagaimanap­un, ia berkata tindakan BNM pada masa depan dijangka bergantung kepada data dan sebarang kenaikan baharu ( OPR) berkemungk­inan dipengaruh­i oleh perkembang­an pertumbuha­n KDNK dan peningkata­n risiko inflasi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia