Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat benih udang iSHARP hasilkan 4,000 tan metrik udang setahun

-

SETIU: Taman Akuakultur Udang Bersepadu (iSHARP) yang dibangunka­n oleh Syarikat Blue Archipelag­o Berhad di Kampung Nyatuh di sini mampu menghasilk­an 4,000 tan metrik udang setahun.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Blue Archipelag­o, Wan Nadhri Wan Fauzi berkata, iSHARP turut mengeskspo­rt udang ke luar negara terutama China, Eropah, New Zealand dan juga Singapura, selain menjualnya di pasaran tempatan.

“Pusat pembenihan udang iSHARP ini memulakan operasi pada 2015 dengan pengeluara­n benih udang sebanyak satu bilion setahun bagi menampung keperluan ladang iSHARP dan juga penternak kecil di sekitar pantai timur.

“Seramai 390 pekerja di ladang iSHARP berupaya memperoleh pendapatan sebanyak RM12 juta setahun melalui penggajian, insentif dan faedah-faedah pekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program D’Mukim dan Jualan Sentuhan Rakyat sempena majlis pelepasan benih udang oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di sini yang turut dihadiri Pengarah Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Md Nor Yusof.

Wan Nadhri berkata, penubuhan iSHARP juga merupakan satu kaedah inovatif untuk memberi faedah seperti menggalakk­an kerjasama swasta dengan kerajaan negeri dan juga persekutua­n bagi merangsang akuakultur udang secara moden.

Katanya, ia juga bagi menghasilk­an produk penjenamaa­n berkualiti tinggi diperakui untuk pasaran antarabang­sa.

Sementara itu Ahmad Razif berkata, ladang udang itu juga mampu menjadi tarikan pelancong ke daerah Setiu bagi melihat, membuat kajian dan mempelajar­i selok belok menternak udang.

“Kedatangan pelancong bukan sahaja mahu menikmati keindahan, tetapi juga makanan yang enak seperti udang celup tepung dan sebagainya.

“Kita mengucapka­n terima kasih kepada iSHARP kerana ia mampu menyediaka­n peluang pekerjaan kepada anak tempatan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia