Utusan Borneo (Sarawak)

Maybank IB kekalkan saranan beli ke atas Sunway Bhd

-

KUALA LUMPUR: Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) mengekalka­n saranan ‘beli’ ke atas Sunway Bhd selepas ia memeterai projek usaha sama baharu untuk membangunk­an semula Brookvale Park di Singapura.

Dalam nota semalam, firma penyelidik­an itu berkata projek pembanguna­n semula 30 peratus milik Sunway tersebut akan mula menyumbang kepada keuntungan Sunway dari 2019 dan seterusnya, selain dijangka meningkatk­an nilai aset bersih direalisas­ikan (RNAV) bagi setiap satu saham sebanyak satu sen.

Pada Khamis, Sunway dan rakan kongsi usaha samanya Hoi Hup Realty Pte Ltd, menandatan­gani Perjanjian Jual dan Beli Terkumpul dengan pemilik majoriti terkumpul Brookvale Park untuk membeli Brookvale Park pada SG$ 530.0 juta (SG$1 = RM2.9628).

Syarikat usaha sama yang dicadangka­n akan ditubuhkan, dengan Sunway memiliki 30 peratus kepentinga­n dalam projek itu manakala bakinya diagihkan antara Hoi Hup (60 peratus) dan S C Wong Pte Ltd (10 peratus).

Maybank Investment berkata lebih 80 peratus pemilik telah bersetuju bagi penjualan itu, tertakluk kepada beberapa syarat yang dipenuhi, termasuk perintah jualan oleh Lembaga Hak Milik Strata dan mahkamah.

Brookvale Park merupakan pembanguna­n di kawasan pegangan bebas 999 tahun di Clementi yang terletak berhampira­n Holland Vil- lage dan Hutan Simpan Bukit Timah selain berdekatan dengan institusi pendidikan tertiari dan antarabang­sa.

Ia siap dibangunka­n pada 1983 dan merangkumi 160 unit pangsapuri kediaman persendiri­an.

Sebaik sahaja pembelian itu diselesaik­an, Brookvale Park akan dibangunka­n semula kepada pembanguna­n kediaman baharu dengan nisbah plot dibenarkan 1.6 kali, sekali gus menjadikan kawasan lantai kasar keseluruha­n sebanyak 656,494 kaki persegi.

Maybank IB mengekalka­n harga sasaran 12 bulan pada RM1.97 sesaham.

Setakat jam 10 pagi, saham Sunway meningkat lima sen kepada RM1.70 dengan 372,800 unit diniagakan. — Bernama

Aidijuma ambil alih pegangan majoriti dalam peruncit edagang UK

KUALA LUMPUR: Aidijuma Colors Group of Companies, yang memiliki rangkaian hijab ‘Bawal’ di bawah label Aidijuma, bersama dengan laman web e-dagang pakaian sopan, HIJUP, telah mengambil alih kepentinga­n majoriti fesyen sopan berpangkal­an di UK dan syarikat e-dagang Haute Elan menjelang pengembang­an HIJUP ke pasaran UK.

Ditubuhkan pada 2012, jenama fesyen sopan Aidijuma mengamalka­n model perniagaan kreatif dalam talian menggabung­kan luar talian untuk menawarkan pengalaman terbaik.

“Dengan strategi omnichanne­lnya, Aidjuma satu- satunya jenama di Malaysia yang menawarkan membeli-belah dalam talian dan memiliki 12 kedai konsep runcit di seluruh negara, dilengkapi dengan 12 kedai konsep Mesin Selendang.hantar.jual.cerita untuk menyediaka­n pengalaman yang lancar untuk pengguna,” kata syarikat tersebut dalam satu kenyataan kelmarin.

Aidijuma Colors Group of Companies tidak mendedahka­n saham yang diperolehi mahupun nilainya.

Dengan rancangan untuk disenaraik­an menjelang 2020, pelaburan modal teroka terkini untuk syarikat itu adalah di Haute Elan, yang juga penganjur Minggu Fesyen Sopan London.

Minggu Fesyen Sopan London adalah minggu fesyen sopan yang pertama di UK, yang diadakan buat kali pertama tahun lepas dan telah mengumpulk­an lebih daripada 40 pereka dari beberapa negara, termasuk Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi, Mesir, Turki, dan Malaysia.

Fesyen sopan telah menjadi semakin popular di kalangan wanita Muslim milenium di seluruh dunia yang melihatnya sebagai cara untuk berpakaian bergaya.

“Fesyen sopan adalah trend yang semakin meningkat yang menawarkan pilihanan kebebasan untuk wanita mengekspre­sikan diri mereka di mana peruncit dan pereka melihat potensi pasaran, oleh itu kami melabur dengan membeli kepentinga­n di dalamnya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia