Utusan Borneo (Sarawak)

CIMB Investment Bank menang 12 anugerah serantau

-

KUALA LUMPUR: CIMB Investment Bank Bhd barubaru ini, diumumkan sebagai institusi kewangan terbaik dalam perbankan pelaburan berikutan kekukuhan dan keupayaan inovatifny­a bagi pasaran modal, ekuiti dan ruang kewangan perdaganga­n.

Ini berdasarka­n 12 anugerah serantau diterima pada Anugerah Urus Niaga dan Penyelesai­an Terbaik Asia Tenggara Alpha.

Sebanyak 12 anugerah yang diperoleh itu termasuk Firma Terbitan Bon Terbaik Tahunan di Asia Tenggara 2017 dan Urus Niaga Terbitan Saham Awam Terbaik di Asia Tenggara 2017.

Anugerah lain diterima ialah: Urus Niaga Sukuk Terbaik di Asia Tenggara dan Urus Niaga Sukuk Paling Inovatif di Asia Tenggara 2017;

Urus Niaga Kewangan Mampan Terbaik Tahunan di Asia Tenggara dan Urus Niaga Kewangan Islam Paling Inovatif Tahunan di Asia Tenggara 2017;

Urus Niaga Wakalah Terbaik di Asia Tenggara dan Urus Niaga Kewangan Islam Terbaik Tahunan di Asia Tenggara 2017;

Urus Niaga Wakalah Paling Inovatif Tahunan di Asia Tenggara 2017;

Urus Niaga Ijarah Terbaik di Asia Tenggara 2017;

Urus Niaga Pinjaman Terbaik Tahunan di Asia Tenggara; dan

Urus Niaga Amanah Pelaburan Hartanah Islam Terbaik Tahunan di Asia Tenggara 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, berkata anugerah berkenaan adalah bukti keupayaan institusi CIMB yang kukuh, kepakaran mendalam mengenai ASEAN dan komitmen berterusan bagi memberikan terbaik terhadap penyelesai­an bon dan Sukuk untuk pelanggan serta memahami dengan baik keperluan mereka.

“Kami berterima kasih akan kepercayaa­n dan sokongan berterusan pelanggan, begitu juga usaha tanpa jemu kakitangan dalam menjadikan CIMB bank global utama di rantau ASEAN,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Ditubuhkan pada 2007, Alpha Southeast Asia, adalah majalah pelaburan institusi bebas dengan fokus sematamata kepada Asia Tenggara.

Kajian pasaran bulanan dan sudut pandangann­ya mengenai Asia Tenggara diterima dalam kalangan pelabur di Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Syarikat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia