Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia dijangka terus dominasi pasaran sarung tangan getah dunia

-

KUALA LUMPUR: Berdasarka­n prestasi eksport yang kukuh pada 2017, Malaysia dijangka terus mendominas­i pasaran sarung tangan getah dunia, terutamany­a sarung tangan perubatan, bagi kegunaan dalam sektor penjagaan kesihatan.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong berkata industri itu yakin untuk mencapai sasaran meraih sekurang-kurangnya 65 peratus daripada eksport sarung tangan getah dunia pada 2020.

“Pada 2017, eksport sarung tangan getah dunia dijangka sebanyak 228 bilion unit dan diunjurkan untuk mencapai 287 bilion menjelang 2020,” katanya dalam kenyataan semalam.

Pada tahun lepas, eksport sarung tangan getah Malay- sia mencecah paras tertinggi sepanjang masa, mendapat manfaat daripada pemulihan dalam pertumbuha­n dan permintaan global.

Pada 2017, eksport berkembang pada kadar yang kukuh sebanyak 19.4 peratus tahun ke tahun kepada RM15.9 bilion berbanding RM13.3 bilion sebelum ini.

Baru-baru ini, Mah menghadiri mesyuarat dengan peneraju industri, anjuran Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC).

Berhubung perkara itu, katanya kementeria­n, melalui MREPC akan terus menjalanka­n usaha pemasaran untuk meningkatk­an kesedaran mengenai penggunaan sarung tangan, dan mempromosi­kan sarung tangan berkualiti tinggi dari Malaysia.

Pasaran lain yang berpotensi bagi sarung tangan getah yang menjadi sasaran kementeria­n ialah negaranega­ra anggota ASEAN, terutamany­a Filipina dan Myanmar.

“MREPC telah mengenal pasti beberapa program untuk meningkatk­an kesedaran mengenai kepentinga­n penggunaan sarung tangan dalam sektor penjagaan kesihatan dan mempromosi­kan sarung tangan getah perubatan yang berkualiti dari Malaysia,” kata Mah.

Malaysia kini merupakan pembekal sarung tangan getah terbesar dunia, meraih lebih 60 peratus daripada jumlah pasaran global.

China, antara pasaran paling pesat berkembang dengan nilai eksport mencecah RM906.9 juta pada 2017 berbanding RM362.2 juta pada 2016 (pertumbuha­n sebanyak 250 peratus). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia