Utusan Borneo (Sarawak)

IPay88 bekerjasam­a dengan @CAT sedia ruang untuk pemula niaga

-

KUALA LUMPUR: iPay88 Holding Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai iPay88 Sdn Bhd), sebuah syarikat NTT Data serta penyedia penyelesai­an perkhidmat­an pembayaran dalam talian berpangkal­an di Malaysia yang terkemuka di ASEAN, telah bekerjasam­a dengan @ CAT Penang.

Dalam satu kenyataan baru- baru ini, iPay88 berkata, melalui kerjasama tiga tahun itu, ia akan menawarkan ruang kerja untuk pemula niaga di Pulau Pinang di bawah @ CAT, sebuah inisiatif berasaskan komuniti yang bertujuan membantu membina ekosistem untuk pemula niaga di Pulau Pinang.

Ketua Pemasaran iPay88, Calvin Yeap, berkata walaupun bilangan pemula niaga telah berkembang pesat di seluruh dunia, mere- ka menghadapi pelbagai cabaran dalam mencapai matlamat mereka.

“Kami percaya yang pemula niaga adalah pemangkin penting dalam pertumbuha­n Malaysia dan oleh itu kami bekerjasam­a dengan @ CAT untuk menyediaka­n ruang untuk pemula niaga,” katanya.

Beliau berkata, ia sejajar dengan matlamat kerajaan untuk mempercepa­tkan pertumbuha­n pemula niaga di Malaysia serta matlamat @ CAT yang khusus memberi tumpuan kepada pemula niaga di Pulau Pinang.

Yeap berkata, Pulau Pinang berada dalam kedudukan baik untuk membantu meneroka peluang ini sebagai hub teknologi dan penyelesai­an yang inovatif.

Pengarah @ CAT Pulau Pinang, Howie Chang berkata, kerjasama dengan iPay88 akan menawarkan pemula niaga ruang untuk menjalanka­n perniagaan dan berinterak­si dengan perniagaan dan pemula niaga yang berfikiran sama.

“Kami percaya perhimpuna­n dan perpaduan minda keusahawan­an di bawah satu bumbung adalah cara untuk mencetuska­n inspirasi dan idea bernas,” kata Chang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia